Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

08 January 2012

MY SAGA FL | Robot Biru

Bismillahirrahmanirrahim,

Baru ni den nak tepek robot biru ni. Lama dah kot. Sejak penyerahan kunci dulu sampai sekarang, baru ni lah den shoot yg ok sikit. Sian dia, body belakang sebelah kiri dah kemek. Bergesel ngan kereta orang. La ni pun dah bercalar balar. Huhuhu.. Nanti den pi polish, wax kasi basuh bersih2 ye.

Berkebun di Sg. Panjang

Bismillahirrahmanirrahim,

Pagi-pagi lagi dah bangun sebab nak ke Felda Soeharto. Umah kak long den kat sana tu. Lebih kurang 1 jam jugak lah nak ke sana melalui jalan lama kuala selangor > batang berjuntai > felda sg tengi. Tau jelah jalan ke felda ni. Jauh masuk ke dalam tu.

Sampai je kat umah kono gi Sg. Panjang. Parit berapa den tak ingat lak. Kak den ado buat rumah kat sana. Jalan nak kesana melalui jalan lama agak beralun2. Kereta dah macam naik kuda bak kata anak buah den. Kalau ikut jalan ni, ada satu2 je kedai makan. Nama kedai tu Selera Rimba. Memang agak popular jugak kedai ni. Makanan dia pun boleh tahan jugak. Aku pernah makan kat sini sekali. Tu pun abg ipar aku banje..Memang layan.

Sampai je kat umah tu, hari dah meninggi. Matahari dah duk atas kepala. Acane nak berkebun. Hehehe..Tapi bila aku tengok dah banyak tanaman yang ditanam. Tanah pun luas lagi lepas buat rumah. Mana taknya, tanah beli 2lot dgn harga RM18k. Murahkan...huhuhu.. Mak aku memang seronok lah kalau dtg sini. Semua nak ditanamnya.




*anak buah den (nadia aka yaya)*



*Rumah berbentuk topi kebun*



Angin pun sepoi2 bahasa walaupun cuaca panas. Rumah ni masih tak masuk letrik ngan air. Tingkap pun belum pasang lagi. Abg ipar ngan akak aku suh mak ngan bapak aku duk situ. Tapi ntah, ikut diorg lah nak duduk sana ke tak. Lagipun anak2 semua dah besar kot. Suasana kat sana kampung. So, cam best je..

Alang2 dah kat sana, aku ngan anak buah aku pi jalan2 sekitar kampung. Jalan punya jalan sampai kat Kg Haji Dorani. Sebelah kawasan kelapa sawit, sebelah lg terbentang sawah padi. Hijau je..Sayangnya, tengah panas terik ni, malas aku nak pasang tripod shoot gambar..Terasa rugi lak. Haehh.. View memang cantik beb. Layan landskap memang best.

Dalam kul 3ptg, gerak balik umah akak aku kat Felda Soeharto. Lepas pekena cempedak goreng + sate + teh o panas, den sekeluarga pun gerak balik ke Saujana Utama.

p/s : asal dtg sini je pon tertinggal..haehh.. *sigh*

05 January 2012

Melawat Muhammad Haziq Nasuha Bin Muhammad Heikal

Bismillahirrahmanirrahim,

Semalam memang dah planning nak pi umah Heikal, nak lawat anak dia yang dah lama lahir. Lama tak lama jugak lah. Bulan 10 tahun lepas kot lahirnya. Tak susah nak cari umah dia ni. Sebab tuan empunya rumah yang tunjuk jalan. Apedehal, setakat Cheras tu, tempat bermain jer..

Bukan den sorang jo yang pergi. Den siap ada pengawal2 lagi tu. Ado Akmal, Nanim ngan Mila. Minta2 diorang ni tak baca blog den ni. Kalau tak masak wooo...Perrghhhh!!

Alorh2, comei nye Haziq ni. Ko memang tak berubah kan perangai kal. Hadoyai..Tak lama lepak2, borak2, Aadrian pun sampai. Tapi sekejap je lah dia ni sebab nak pi jumpo Dennis lak. Bincang pasal business, projek juta2 beb..Aminn...

Adolah sekepim dua den snap gambo Haziq ni. Layankan jelah.




Keluar je dari rumah Heikal, kami singgah sekejap kat cafe tempat Aadrian ngan Dennis lepak. Yolah, lama tak jumpa Dennis ni. Borak2 sikit pastu terus balik. Mata dah berat kot. Esok bukan hari Sabtu pun, kono kojo meh...Adioss, selamat malam.

03 January 2012

Pulang Ke TMS

Bismillahirrahmanirrahim,

Alorh, alorh, alorh.. Buka je sesi persekolahan untuk tahun 2012 aku pun kembali ke ofis TMS. Sepanjang tahun lepas (2011) aku merantau ke ofis client di Bukit Kiara yakni Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Akhirnya, aku kembali.

Ceh, macam lah setahun tak masuk opis TMS. Padahal tiap2 hari Jumaat den kono masuk TMS. Hahaha..Ini semua SPS puncanya. SPS? Malas nak tulis balik. Kalau nak baca boleh refer kat sini. Kontrak untuk support SPS di BTP dah tamat. So apa lagi, konolah balik TMS. Dah la TMS ni dah tak macam dulu lagi. Sorang2 berhenti kerja. Baguslah masing2 dah dapat kerja yang lebih bagus. Den doakan kalian maju jaya ditempat baru.

Bagi den cuma suasana dah tak macam dulu lah. Kerja tetap cam biasa je. Orang bagi kerja kita buat. Adalah dekat 10 orang kawan2 den yang nak berhenti. Hai, sunyilah nanti opis tu. Apo nak buek, hadap jo lah...

01 January 2012

WELCOME 2012


Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, telah masuknya kita semua ke tahun 2012. Dengan ini dengan segala hormatnya 2011 perlu mengundurkan dirinya. Dengan itu juga kembalinya aku ke blogspot. Ibarat lembing awang pulang ke dayang. Eh? Apahal pulak. Takde kene mengene pun..

Sambut tahun baru? Ceh, buat penat je nak pi dataran merdeka ke, the curve ke semata2 nak tengok bunga api. Time ni orang sibuk terjerit2 tengok bunga api, den ngan rakan2 KBKcrew sibuk duk tengok bola kat mapley. Yelah, baru habis main badminton kot. Layan bola lagi best.. Hahahha..

Apapun, sempena tahun baru ni la kan, den ucapkan Selamat Datang Tahun 2012. Kebaboomm...

p/s : Insyallah, tahun ni nak kawin lah..doakan aku erk.. ^_^

04 December 2011

Kembali ke 'BLOGSPOT'

Assalamualaikum,

Lama dah tak masuk ke blogspot neh. Banyak perubahan dan penambahbaikkan telah dilakukan. Awal tahun 2011 aku telah mengambil keputusan untuk mencuba 'wordpress' sebagai medium untuk menulis. Bagi aku wordpress bagus dah ianya mudah dan mempunyai antara muka yang menarik. Cuma ada beberapa fungsi yang tidak menarik pada pandangan aku yang seperti tidak mesra pengguna.

Dengan ini, aku kembali ke rumah lama yang telah setahun aku tinggalkan. Rasanya aku lebih selesa berada di blogspot. Seperti tinggal di rumah sendiri daripada duduk di hotel. Ceewaahh...
Penggunaan blogspot hanya aku akan gunakan pada awal tahun 2012. So, dalam masa sebulan ni, aku masih di 'wordpress'.

Di sini juga aku rangkumkan sekali perjalanan hidup setahun ketika aku berada di 'wordpress'.


JAN 2011
Makan-Makan | Ole-Ole Bali
My GT128 | Review Tentang GT128
Melaka Oh Melaka
Annual Dinner TMS


FEB 2011
Dari TMS ke BTP kew ?
Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan


MAC 2011
MY GT128 | Motor Masuk Bengkel (Overhaul)
27 Tahun Sudeh
Selamat Pengantin Baru Shahrul & Sheeda
Happy Birthday Mak Lang ^_^


JUN 2011
Antara Kawan & Kekasih
Malaysia vs Taiwan Kelayakan Piala Dunia 2014


JUL 2011
Salam Takziah Buat Rinto Sekeluarga
MY SAGA FL | Serah Kunci

OGOS 2011
DPR | Majlis Berbuka Puasa 2011
Entri Khas | Cik Lynn Spongebob
Mengarut Di Bulan Puasa 1
MY GT128 | 1st Edition
MY SAGA FL | 1st Servis 1000km
Ramadhan 2011
Raya Sakan | Rumah Terbuka PM

SEPT 2011
Sakit Menyerang Lagi

OKT 2011
10 Oktober 2010
MY SAGA FL | 2nd Servis 5000km
MY SAGA FL | DIY – F1 Brake Lamp

NOV 2011
MY SAGA FL | 3rd Servis 10,000km

DIS 2011
Jalan-Jalan Kenduri Kahwin
MY SAGA FL | 4th Servis 15,000km

31 December 2010

2010 ke 2011 | Blogspot ke Wordpress

Assalamualaikum semua,

Wahh, ramai jugak yang sekarang ni tgh duduk depan tv bersama keluarga, lepak dataran merdeka atau putrajaya ataupun klcc dgn kawan2 atau pun lg yg dah dlm bilik sedang berdengkur.. Apa pun, hari ini adalah hari terakhir untuk tahun masihi 2010. Lagi satu jam kira semua akan masuk ke tahun baru 2011. Sudah banyak suka duka sepanjang tahun 2010 ini. Ia jua menambahkan lagi pengalaman dlm hidup.

Apa yang telah dilakukan oleh kita sepanjang tahun ini?

Malam ni aku tak keluar kemana2 untuk menyambut ambang tahun 2011. Hanya duduk depan tv melihat cerita Ironman. Sekarang ni pulak aku dah dalam bilik sambil menaip dan apabila aku menaip, otak aku berfikir laju mengingatkan perkara2 yang telah berlaku sepanjang hidup aku dari 1/1/2010 sehinggalah hari ni 31/12/2010.

Apa yang aku harapkan adalah agar tahun 2011 yang bakal tiba ni akan memberikan pada aku, keluarga aku, sahabat2 aku dan seluruhnya lebih baik daripada tahun 2010. Ambil ikhtibar dan pengajaran atas apa yg telah berlaku dan jadikan ia sbg peringatan dan panduan untuk menempuh kehidupan di masa akan datang.

Bermula 1/1/2011, blog aku ni yang menggunakan blogspot akan aku tutup. Selepas ni aku akan menggunakan perkhidmatan wordpress pula. Proses mengeksport kesemua post2 aku telah dibuat ke ' mohdrizalyusop.wordpress.com '. Terima kasih untuk Blogger.Com atas selama perkhidmatannya selama ini. Telah banyak pembaharuan yang telah dilakukan.

Selamat tinggal Blogspot dan selamat datang Wordpress. ^_^


Pada korang semua, aku ucapkan ..


SELAMAT TAHUN BARU 2011

Semoga impian dan azam yang telah dibuat akan tercapai.
Assalamualaikum. ^_^

22 November 2010

| Lirik : Baik - Baik Sayang - Wali Band |

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku


Dengarkan lagunya disini.


Khas ditujukan buat Cik Lynn di Simpang Bekoh, Melaka. :)

Iklan Bergambar !