Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

21 February 2007

Cinta Dan Harapan

Kelmarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok
Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan
Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya
Hanya kudrat TuhanYang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikanCinta sesama insan
Rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikan
Kasih di alam cinta bahagia

SeOrAnG GaDiS...


Ada seorang gadis termenung di jendela
Memikirkan nasibnya yang telah ternoda
Terpinggir terhina kerna dosa-dosa silamnya
Ibunya telah tiada begitu juga ayahnya

Mengharungi dunia tanpa pedoman di jiwa
Keliru hatinya antara syurga dan neraka
Pada siapa harus dipinta
Secebis rasa seulit mesra
Di akhir nokhtah usia dirinya
Yang akan berhenti jua
Deraian air mata Menangisi dosanya

Rebah dia mengharap keampunan tuhannya
Serta ketenangan mengharungi dunia yang fana

Umurnya masih muda remaja
Tetapi terleka kerana nafsu mengabuinya
Namun Tuhan masih cintakan dirinya
Walaupun dosanya selautan dunia
Mengapa perlu merasa berjauhan dari Yang Esa

Sedangkan Allah sentiasa merahmati hamba-Nya
Yang sering terlupa leka dan alpa terhadapnya

Pada siapa harus diminta secebis rasa seulit mesra
Di akhir nokhtah usia dirinya

Harapannya subur kembali bukti kasih Ilahi
Syukur dia ditemukan jalan kebahagiaan
Mengukir ceria membenam segala kecewa

"Kasih Sayang", "Kejayaan" dan "Kekayaan"

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga org lelaki tua berjanggut panjang dan berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya.. Dia tidak kenal akan mereka.Wanita itu bertanya ,"Saya tidak fikir saya mengenali anda semua,tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu.""Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya."Tidak", wanita itu berkata." Suami saya telah keluar.""Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu,wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut."Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik danmenjemput mereka masuk ke dalam sekarang!Wanita itu keluar dan menjemput ketiga- tiga lelakitua itu masuk ke dalam."Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama"mereka menjawab "Mengapa begitu?" wanita itu ingintahu.Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan:"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkat sambil menunjukkearah kawan yang seorang lagi," Dia adalah Kejayaan,dan saya adalah Kasih Sayang."Dia menyambung lagi," Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak,siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemputke dalam rumah. "Wanita itu pun masuk semula ke dalamdan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminyaberasa sungguh gembira."Bagusnya!!" dia berkata."Kalau macam tu jemputlahKekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kitadengan Kekayaan!"Isterinya tidak bersetuju."Abang, kenapa pula kita tidak menjemputKejayaan?"Kebetulan, menantu perempuan mereka jugasedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumahyang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikanpandangannya:"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput KasihSayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi denganKasih Sayang!""Biarlah kita mengikut nasihat menatu kita tu," katasuami itu kepada isterinya."Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamukita."Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelakitua, "Yang mana satu diantara kamu adalah KasihSayang? Silalah masuk dan tetamu kami."Kasih Sayangbangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dualelaki yang lain juga bangun dan megikutinya. Terperanjat,wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan:"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamujuga ikut sekali?"Mereka semua menjawab:"Jika awak menjemput samadaKekayaan atau Kejayaan yang lain akan tunggu diluar,tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang,kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergibersamanya.

Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga adaKekayaan dan Kejayaan!"

~salam ceria selalu

16 February 2007

Assalamu'alaikum...


Maksud singkatan " A'kum"
Assalamu'alaikum Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

Imam Hassan Al Banna


Mungkin ramai umat Islam lebih mengingati Valentine Day berbanding pemergian Hasan Al-Banna. Mungkin ramai juga yang langsung tidak mengenali namanya inikan pula jasanya. Sama-samalah kita menghadiah Al-Fatihah kepada beliau. Dan mungkin kita perlu melihat semula wasiatnya sama ada kita telah berjaya melaksanakannya.


Sepuluh Wasiat Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna

BACALAH-RENUNGLAH - KEMUDIAN TERUS BERAMAL
1. Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Baca Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar
perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah dan janganlah
sama sekali saudara membuang masa walau sedikitpun dalam perkara yang
tidak berfaedah.
3. Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul.
4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana
pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang
dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring suatu
resmi sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan dan
janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang
saudara temui sekalipun dia tidak meminta berkenalan; kerana asas
gerakan Dakwah adalah berkasih-sayang dan berkenal-kenalan.
10. Kewajipan kita lebih banyak dari masa, tolonglah saudaramu sendiri
tentang cara-cara menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara
mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya

Kajian Terbaru Tentang kiamat

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang
sudah 1439 = 1426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan
bertahan dalam masa 61 tahun lagi..Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada
tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi
yang menghala ke bumi..Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan
melanggar bumi pada tahun 2014.Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya
dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai
sebuah planet yang juga akanmenghentam bumi... Ia dianggarkan akan
melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi..Dan planet ini lebih besar
daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007...
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan
oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa
hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa
wafat..Jikalau ini benar dunia akankiamat pada tahun 2062... .

Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066.... Wallahu'alam...
Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith
yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...
Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan
sendiri...

Beribadatlah wahai umat-umat Islam sekalian... Sampaikanlah mesej ini
kepada semua kenalan Islam anda... Semoga saudara-saudari sekalian akan
mendapat rahmat ALLAH S.W.T...

15 February 2007

MaTa @Ku

ahaks..tetiber tangan ni nak menaip memberi peluang kpd idea yg tgh membuak2 dlm kepala ni..hehehe..Semalam hari Valentine, so phm2 la klu ari tu org wat aper..yg seronoknyer tuk pasangan yg bercinta..ahaks.
hari ni jerk aku terima 2 berita yg menghampakan dan membuat aku sedikit terkilan..
1) aku tak dapat 4low g belayar..( bg peluang kat junior,senior ader kursus khas)yeye jerk tu..tp xper aku tunggu ..
2) tak jd g kenduri kawin umah kwn aku pa'an kat kedah..( ni cicaq la lmbat beli tiket)hehehe..
melepas nak cr aweks kedah..kui..kui..
Herm..so aper la xtvt aku cuti ni...ahha..terpikir pulak nak masuk hutan.Dah lama jgk la tak masuk hutan ni.Tahun lepas aku masuk erm...3x kot..herm..yelah..3x..
Perghh..so bad..hehehe..Teringat zaman muda2 dlu..hehe..kuar masuk hutan.Tak lekat kat umah..
Tu semua berlaku lps aku join program khidmat sosial negara(PKSN)..herm..terus melekat ngan jab. belia daerah gombak..tak kira asal ader program, kursus semua ktorg sebat..yelah, selagi hidup ni, kene la mencari ilmu..tak kisah la mencari ilmu aper, jnji yg tak bertentangan ngan agama dah la..
Ni nak cerita ni, maser tu tahun 2002 klu tak silap, ktorang ni dah diserapkan masuk ke satu camp yg dulunyer dipanggil Naga Base Camp, kat ngan sg pisang gak la...line2 kg org asli gombak.. Kami ni klu hujung minggu jerk g la situ..owner kat situ ktorg panggil umi n baba..tp skang baba dah meninggal(al-fatihah)..kami ni dah mcm satu keluarga..ktorg ni ader senior kat situ, diorg la yg mengajar kami tntg ilmu2 dlm hutan ni..
Ader la satu mlm ni, kitorg br abis wat pondok..tuk kami jgk sbnarnyer..kat dlm tu ader pondok yg mcm asrama..senior yg buat(abg bai, abg yazi, abg jali,rmai la lg..)katil dier dibuat dari kayu..pastu masukkan la hammock..layan tu..fuhh..Member aku ni(aki) letih sgt kot, trus dier g tido kat salah satu dr katil senior ktorang ni..Time tu kami tgh lepak kat pondok dapur..Tiba2 baba tanyer.."aki mner"?ktorg jawab la.."tido kot, kat pondok abg bai".Pstu baba sruh ktorg tgk aki ader ke xder kat dlm tu..ktorg dah pelik dah..naper baba ckp cmtu, tp ktorg g la tgk jap..ok jerk dier tido..xder paper pun..Tuk pengetahuan, tmpat kami jdkan base tu memang "keras" skit..Tgh2 mlm leh dgr org potong buloh..sapolah nak potong buloh tgh2 mlm ye tak..huisshhh..
So sambung balik..ktorg gtau la baba yg aki ader jerk..ok jer tido..ktorg tanyer la naper baba sruh tgk aki...baba pun ckp....." takut aki kene alih jerk..yelah, setiap tempat ni ader makhluk..so dia tgk slalu dlm pondok tu cme abg bai n bro yg lain jerk tido kat situ..ni tiber2 ader aki..Lain dr yg lain.."kami pun oooooooo..phm2..

*Moral of the story*
Hormati Tempat Dan Orang Lain

08 February 2007

KeNanGan..

Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu

Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati

Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi

Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih

Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu

Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku

Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi
perhiasan duniawi

Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini

Iklan Bergambar !