Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

16 February 2007

Imam Hassan Al Banna


Mungkin ramai umat Islam lebih mengingati Valentine Day berbanding pemergian Hasan Al-Banna. Mungkin ramai juga yang langsung tidak mengenali namanya inikan pula jasanya. Sama-samalah kita menghadiah Al-Fatihah kepada beliau. Dan mungkin kita perlu melihat semula wasiatnya sama ada kita telah berjaya melaksanakannya.


Sepuluh Wasiat Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna

BACALAH-RENUNGLAH - KEMUDIAN TERUS BERAMAL
1. Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Baca Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar
perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah dan janganlah
sama sekali saudara membuang masa walau sedikitpun dalam perkara yang
tidak berfaedah.
3. Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul.
4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana
pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang
dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring suatu
resmi sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan dan
janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang
saudara temui sekalipun dia tidak meminta berkenalan; kerana asas
gerakan Dakwah adalah berkasih-sayang dan berkenal-kenalan.
10. Kewajipan kita lebih banyak dari masa, tolonglah saudaramu sendiri
tentang cara-cara menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara
mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya

No comments:

Iklan Bergambar !