Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

19 July 2007

QaDa dan QaDaR...






" Nahas TUDM Sikorsky S-61A4 Nuri

Dua lagi mayat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam nahas helikopter Nuri dekat sini dikeluarkan dari lokasi kemalangan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal pagi ini.Jenazah pembantu juruterbang Kapt Nor Intan Asykeen Mohd Arof, 27, dan Kuatermaster Udara Sarjan Khusnizam Ariffin, 34, yang tidak dapat dibawa keluar dari lokasi nahas kerana hujan lebat dan hari gelap malam tadi, tiba di padang bola HKL pada pukul 7.20 pagi ini.Kedua-dua mayat itu dibawa dengan helikopter Nuri.Sehingga 8.30 pagi ini, hanya mayat Kapten Nor Azlan Termuzi, 29, yang masih berada di lokasi nahas.Operasi menakal keenam-enam mangsa dari Nuri yang tersangkut di kawasan cerun kira-kira 70 darjah bermula sejak Selasa sebaik saja bangkai pesawat ditemui pukul 1.24 petang.Pesawat itu dilapor hilang dari pantauan radar kawalan 10 minit setelah berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Kuala Lumpur pukul 9.35 pagi Jumaat.Sementara itu, jenazah tiga lagi mangsa nahas udara itu, iaitu Laskar Kanan Muhammad Ridzuan Ahmad, 27; Sarjan Azmie Md Yassin, 35; dan Laskar Kanan Saifulizam Alias, 28 telah selamat dikebumikan di kampung masing-masing di Kedah, Melaka dan Johor malam tadi setelah diterbangkan dari Pangkalan TUDM Sungai Besi.Jenazah Nor Intan Asykeen dilapor akan dikebumikan di kampungnya di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Abdul Rashid Sungai Dua, Butterworth dan Khusnizam di Tanah Perkuburan Bunut Payung, Kota Bharu, Kelantan.

~Al-Fatihah buat mereka~

No comments:

Iklan Bergambar !