Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

30 October 2007

KisaH LangiT & LauT

aku ader satu cerita nak dipaparkan kat blog ni ari nih..citer dia cmni...

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu ‎sama lain.Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan‎ warna langit. Oleh sebab sangat berminatnya langit terhadap laut,warna langit sama ‎dengan warna laut.‎Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘Aku Cinta ‎Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut ‎terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah ‎kemerah-merahan penuh keceriaan dan bersemangat sekali.‎Suatu hari, datanglah awan.
Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati ‎terhadap langit,bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia‎mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja.Awan berasa ‎tetapi ia tidak berputus asa mencari cara danakhirnya mendapat satu akal. Awan ‎mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-‎tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut ‎terhadap satusama lain.‎Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit.Laut mengeluarkan ‎gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya.
Tetapi tentu ‎sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui ‎hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut ‎menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama ‎terjalin.‎Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan ‎menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit ‎dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkanperasaannya terhadap ‎langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi ‎terhadap langit, awan menangis ;dengan menurunkan hujan sehingga bumi ‎menjadi basah kuyup..‎
Hingga sekarang, kasih dan cinta antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita ‎juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.Setiap kali memandang ke hujung ‎laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka ‎sedang membuai rasa dan menyemarakkan gelora cinta.‎

25 October 2007

AnugErah CinTa


Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada
seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai
seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan
seseorang yang anda cintai.

Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak
sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa.
Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan
mengetahui betapa berharganya anugerah itu.

Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis
dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil
berat mengenai si dia.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang
yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa
membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain
terbuka.

Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup
itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.

Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi,
berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-
apa selain tetap menyokong anda dari belakang.

Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka
akan mencintai anda.

Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta
itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia
tumbuh dalam hatimu.

Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda
dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda
menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.

Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin
mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan.
Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak
sanggup membiarkan dia pergi.

Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun
sering dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih
mempercayai, walaupun kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri
mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti
dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk
membina kembali kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa.

Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat
kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat
membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang
gelap menjadi cerah.

Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda
tersenyum. Ada saat dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan
seseorang, ingin menemui dan memeluknya.

Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke mana saja anda
ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda kerana anda
hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa
diinginkan.

Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat
anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda menjadi manusia yang
tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu berbahagia.

Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu
menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain.

Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala
hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan
bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang
mencari, mereka yang mencuba.

Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir
dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu
yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam
kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.

Ketika lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum.
Hiduplah dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda
satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangis.

12 October 2007

Bingkisan Hati Coretan Rasa...

Sudah terlalu lama rasanya aku tak melempar coretan rasa dan kata dlm blog aku ni..erm..dekat la sebulan jgk..terlalu byk yg aku nak coretkan dicni..pelbagai peristiwa yg berlaku dlm jarak masa yg berlalu ini...bermula dengan awal bulan puasa smpi la ari ni yg dah 29 hari umat Islam berpuasa..mcm2 yg berlaku disekelilingku..majlis berbuka puasa dgn budak opis wg..majlis berbuka puasa ngan membe2 dr sekolah menengah dlu..g shoping raya yg tak shoping..hahaha...mlm ni br aku nak g jln2 kat jln TAR..mybe harga dah turun kot..ye la kan..esok dah raya..yeyeyeyyeyyy..esok raya!!!
Bulan ni mmg la...aku ngan warga kerja SMS berhempas pulas nak kene siapkan visualguide..mner taknyer, bos mintak sebelum raya boleh la siapkan..huhuhuhuh..smpikan aku mmg xder masa la nak update apa2 pun dlm internet neh..tp alhamdulillah..siap jugak akhirnya.lega rasanyer..
Raya tahun ni terasa spt sama seperti raya2 yg lepas..aku xder feel pun nak raya..tp baju raya dah beli...hehehe..tu pun sbb abg aku suh beli baju melayu sama ngan semua family..warna hijau..so aku beli la warna hijau..erm..tp ari nih aku nak tukar baju tu amik warna yg gelap skit..hijau gelap..hehee..mintak2 la leh tuko..
selamat la aku ni masih single lagi..xder la tanggungjawab lg tuk uruskan hal awek nih..sekarang ni tanggungjawab aku lebih tertumpu pada family aku sendiri..herm...
'mak, abah...ingin benar rasanya aku melihat mereka gembira.."
selagi mereka tidak dpt apa yg mereka inginkan dan aku impikan untuk mereka..merekalah yg pertama utk ku.."
"Ya Allah, Kau berilah aku kekuatan utk aku membahagiakan mereka sehingga akhir hayat mereka.."
"Ya Allah..Kau ampunkan lah dosa mereka,ko kasihani lah mereka seperti mana mereka mengasihaniku semasa kecil.."
"Ya Allah...Kau berkatilah dan rahmatilah mereka"
"Sesungguhnya Kau adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
Aminnnn...

Buat mak & abah...ampunkan dan maafkan anakmu ini diatas kesilapan yg dilakukan..sesungguhnya aku terlalu menyayangimu..

Iklan Bergambar !