Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

12 October 2007

Bingkisan Hati Coretan Rasa...

Sudah terlalu lama rasanya aku tak melempar coretan rasa dan kata dlm blog aku ni..erm..dekat la sebulan jgk..terlalu byk yg aku nak coretkan dicni..pelbagai peristiwa yg berlaku dlm jarak masa yg berlalu ini...bermula dengan awal bulan puasa smpi la ari ni yg dah 29 hari umat Islam berpuasa..mcm2 yg berlaku disekelilingku..majlis berbuka puasa dgn budak opis wg..majlis berbuka puasa ngan membe2 dr sekolah menengah dlu..g shoping raya yg tak shoping..hahaha...mlm ni br aku nak g jln2 kat jln TAR..mybe harga dah turun kot..ye la kan..esok dah raya..yeyeyeyyeyyy..esok raya!!!
Bulan ni mmg la...aku ngan warga kerja SMS berhempas pulas nak kene siapkan visualguide..mner taknyer, bos mintak sebelum raya boleh la siapkan..huhuhuhuh..smpikan aku mmg xder masa la nak update apa2 pun dlm internet neh..tp alhamdulillah..siap jugak akhirnya.lega rasanyer..
Raya tahun ni terasa spt sama seperti raya2 yg lepas..aku xder feel pun nak raya..tp baju raya dah beli...hehehe..tu pun sbb abg aku suh beli baju melayu sama ngan semua family..warna hijau..so aku beli la warna hijau..erm..tp ari nih aku nak tukar baju tu amik warna yg gelap skit..hijau gelap..hehee..mintak2 la leh tuko..
selamat la aku ni masih single lagi..xder la tanggungjawab lg tuk uruskan hal awek nih..sekarang ni tanggungjawab aku lebih tertumpu pada family aku sendiri..herm...
'mak, abah...ingin benar rasanya aku melihat mereka gembira.."
selagi mereka tidak dpt apa yg mereka inginkan dan aku impikan untuk mereka..merekalah yg pertama utk ku.."
"Ya Allah, Kau berilah aku kekuatan utk aku membahagiakan mereka sehingga akhir hayat mereka.."
"Ya Allah..Kau ampunkan lah dosa mereka,ko kasihani lah mereka seperti mana mereka mengasihaniku semasa kecil.."
"Ya Allah...Kau berkatilah dan rahmatilah mereka"
"Sesungguhnya Kau adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
Aminnnn...

Buat mak & abah...ampunkan dan maafkan anakmu ini diatas kesilapan yg dilakukan..sesungguhnya aku terlalu menyayangimu..

No comments:

Iklan Bergambar !