Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

21 July 2008

Read It ~ Understand It ~ Do It

Mungkin anda mungkin tidak mempercayainya, tapi ini merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU.
Adaketikanya anda perlu bersendirian.

Time To Change babe..

Fuhh..sabtu ngan ahad neh aku cuma berehat dirumah..lepak kat kedai..td brjln2 ke janda baik jap..bukan jln2, hntr rambo g kem..dia ada program kat cna..dr ASWARA..buat program ape ntah nama dia..tuk budak2 yg br masuk U neh..Jumaat lepas mmg satu ari yg agak memenatkan tp menyeronokkan..aku kene g digi sbb ada program yg dinamakan "Feel The Heat, Time To Change"..pe bende program neh??hehe..program neh dah berjalan selama 3 minggu n aku kena g support team neh..task aku senang, jge games.."recycling games"herm...penat sbb kena berdiri..haaha..tp staf2 dr digi neh mmg sporting abis..dgn aku nya speaking tunggang terbalik, berterabur je bila ckp..hahaha...apepun, program sebegini mmg best, enjoy n fun.. :)

Tahniah pd core team utk projek climatechange neh..hehehe.. :) n untuk bebudak CB2a akan datang, semoga mencapai matlamat program semasa dicna.. :)..Nntikan aku di CB2b di Hotel DePalma Ampang bulan depan...:)

14 July 2008

Salam Takziah Buat Cikgu Hazni Sekeluarga

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a dia berkata: telah bersabda Rasulullah s.a.w. : kematian itu menakutkan, maka apabila seseorang kamu mendapat berita kematian saudaranya, hendaklah dia mengucapkan:






Maksudnya: Sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kita akan menghadap. Ya Allah, ya Tuhanku! Catitkanlah dia di sisi Engkau antara orang-orang yang baik, dan jadikanlah catitan amalannya dalam golongan orang-orang yang di tingkat tinggi, dan gantikanlah apa yang baik bagi kaum keluarganya yang ditinggalkan, dan janganlah Engkau haramkan kami dari pahalanya dan jangan Engkau memfitnahi kami sesudah kepergiannya!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Petang td lebih kurang jam 5.30 aku mendapar berita dr yahoomessenger yg dihantar oleh sahabatku Jabir yg mengatakan ayah cikgu hazni telah meninggal dunia pd pukul 2.30 ptg td. Dengan lantas tangan aku menaip sms menghantar berita tersebut kpd semua kenalan yg mengenali cikgu hazni.

Selepas Isyak..aku, zali, rambo dan nerisma terus ke rumah cikgu hazni. Sudah ramai org disana. Selepas membaca surah Yassin, berbual sebentar dengan cikgu hazni yg sudah 3 tahun lebih kami tidak jumpa..cikgu masih seperti dulu..n ini first time aku berjumpa dengan husbandnya...

Walau apa pun cikgu, salam takziah dr saya utk cikgu sekeluarga.Tabahlah menghadapinya..Saya doakan agar roh ayah cikgu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan bertakwa..aminnn..

13 July 2008

aktiviti ???

Sepanjang 1/2 tahun ni ada sahaja xtvt yg dilakukan bersama2 team kamibudakkampung...aku salah sorang dlm team neh yg tercipta dgn tidak disengajakan..hehehe..tp ok wat, dgn xtvt ni la ia merapatkan lagi hubungan persahabatan antara kami..:)

Dari awal bulan januari hingga la hujung tahun, telah ditetapkan xtvt yg akan dijalankan..so nak xnak kami akan patuhinya..alhamdulillah, setakat ini masih belum ada lagi xtvt yg ditunda...hehehe...tp dlm xtvt2 yg aku lakukan ni, teringat aku kat seorang sahabat aku..lynn..seorang kenalan yg aku kenal di alam cyber..student di UUM dan tinggal di Jasin Melaka..apa khabar dia skang..??herm..

Ada satu lagu yg menarik minat aku..lagu tu pun aku dgr dr ash, masa presentation DST..sedap suara dia..hehehe..:)..pastu aku balik, terus search lagu tu..ini aku sertakan liriknya utk semua..layankan...:)..


Mata Ke Mata..Ke Hati..Hati ke Hati..Hati Hati..
Bibir Ke Bibir..Bicara Janji..Janji Ke Janji..Jadi Hujan…
Rindu ke Rindu..Termimpi mimpi..Hari Ke Hari..Nanti di nanti..Menanti Pasti..Pasti Disisi..Sisiku Kini..Ternanti nanti..
Bila diceritakan tentang cintaSegalanya muncul sekelip mataSemuanya di depan matanya diaMakan tidur pun tak lena
Dia… cinta…Dia… sayang…Aku… dicinta…Aku… disayang…
Kamu yang bawa ku terbangKamulah jua yang membawa cintaKe jalannya..
Kamu yang bawa ku terbangKe bintang kejora cinta kitaKekal untuk selamanya
Kita berdua kian bermesraRindu makin membaraKita berdua bermain kataPasang surut tak endah
Dia… cinta…Dia…. sayang…Aku…. dicinta..Aku… disayang…
Kamu yang bawa ku terbang Kamulah jua yang membawa cintaKe jalannya…
Kamu yang bawa ku terbangKe bintang kejora cinta kitaKekal untuk selamanya
Mata hati jiwaku…Seluas langkah diSebesar cubisanNamun segitiga bermuda
Ku ganti sungai merahDengan darahkuRinduku meragutkanKehangatan cinta kita
Mungkin tidak sehebat manaKu di pertikaikan kasihKu bukan tempat dua ketigaDi hati ku cuma kau yang satuSeterusnya nyatanya hanyaDirinya jiwanyaJiwa ku rentas benuaWarna angkasa cintaCintalah kamu…
Kamu yang bawa ku terbangKamulah jua yang membawa cintaKe jalannya…
Kamu yang bawa ku terbangKe bintang kejora cinta kitaKekal untuk selamanya

Iklan Bergambar !