Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

14 July 2008

Salam Takziah Buat Cikgu Hazni Sekeluarga

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a dia berkata: telah bersabda Rasulullah s.a.w. : kematian itu menakutkan, maka apabila seseorang kamu mendapat berita kematian saudaranya, hendaklah dia mengucapkan:






Maksudnya: Sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kita akan menghadap. Ya Allah, ya Tuhanku! Catitkanlah dia di sisi Engkau antara orang-orang yang baik, dan jadikanlah catitan amalannya dalam golongan orang-orang yang di tingkat tinggi, dan gantikanlah apa yang baik bagi kaum keluarganya yang ditinggalkan, dan janganlah Engkau haramkan kami dari pahalanya dan jangan Engkau memfitnahi kami sesudah kepergiannya!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Petang td lebih kurang jam 5.30 aku mendapar berita dr yahoomessenger yg dihantar oleh sahabatku Jabir yg mengatakan ayah cikgu hazni telah meninggal dunia pd pukul 2.30 ptg td. Dengan lantas tangan aku menaip sms menghantar berita tersebut kpd semua kenalan yg mengenali cikgu hazni.

Selepas Isyak..aku, zali, rambo dan nerisma terus ke rumah cikgu hazni. Sudah ramai org disana. Selepas membaca surah Yassin, berbual sebentar dengan cikgu hazni yg sudah 3 tahun lebih kami tidak jumpa..cikgu masih seperti dulu..n ini first time aku berjumpa dengan husbandnya...

Walau apa pun cikgu, salam takziah dr saya utk cikgu sekeluarga.Tabahlah menghadapinya..Saya doakan agar roh ayah cikgu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan bertakwa..aminnn..

No comments:

Iklan Bergambar !