Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

25 September 2008

Hutang Solat

Tanda-tanda Kehadiran Lailatulqadar

Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''.

Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

  • Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
  • Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
  • Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
  • Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
  • Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
  • Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
  • Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".
  • Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

22 September 2008

Fenomena Azan Di Dunia

Salam semua,

Petang td masa kat kedai dlm hujan yg agak lebat sambil angin kuat yg menerbangkan khemah..hahaha..tangan aku tiba2 menaip dikotak URL www.youtube.com. Lepas tu pala mikir apa nak search neh..herm..aku pun taip la UNIC..layan dengar lagu nasyid hujan2 neh pun ok..tetiba mata aku terarah kat satu tajuk video yg menarik minat aku utk melihatnya..

Fenomena Azan Di Dunia Sehingga Hari Kiamat..selamat la internet ok, smooth jerk perjalanan video neh. Sbnarnya video neh menceritakan fenomena azan diseluruh dunia yg sentiasa berjalan dan tidak akan berhenti. Subhanallah, Maha Suci Allah yg Menciptakan Langit dan Bumi.

21 September 2008

Berbuka Puasa Bebudak Bujang

Salam semua..mesti ada kalangan anda semua yg selalu berbuka di luarkan..syg aku ckp, x elok mkn kat luar..ajinomoto byk..herm, betul lah tu kot.

Td jugak aku berbuka di Shah Alam bersama rakan2 rumah bujang masa study dulu..walaupun tak semua yg dtg, mjlis tetap meriah dengan kehadiran(abg mahir a.k.a pak tua, lambok, wan, wak zaki, pojie, din n aweksnya).

Aku ngan pojie smpi di kedai "merah" pun dah pukul 7. Nmpk dah pak tua ngan lambok dah sampi..pastuh wak zaki. Order makan..Jap lg smpi org berbuka akunya nasi, pojie punye nasi, wak punye nasi..x sampeii2..waaa, org lain dah abes mkn br smpi..lampam betul la org dapur neh..pose, tu yg letih kot..cehh..selamat la din smpi bwk murtabak kg baru..wahahha..

Mlm tu jugak kami meraikan hari jadi pojie yg ke 21..eh, 24 tahun..hehhe..inilah lagu yg kami tujukan buat pojie..
Allah selamatkan pojie
Alah selamatkan pojie
Allah selamatkan Ismet Ulam Pojie
Allah selamatkan kamu..yeyyyy..
Byk jugak hal2 dunia yg kami bincangkan..wakakka..hal dunia ye tak..tau2 dah pukul 9..huhh, lama sungguh kami buat perbincangan smpi x sedar jam..ekeke..apo laie, wat persiapan nak balik la..sponsor terbesar mlm td adalah che din..time kasih la din sbb belanja kami n time kasih kat abg mahir a.k.a pak tua krn mnjd organiser tuk mjlis berbuka pose bujang2 neh..

"Semoga kita berjumpa lagi utk mjlis berbuka pose tahun depan..keep in touch ya my friends.. :)"


19 September 2008

Abah dilanggar orang??


-->
Pukul 630pg hari rabu,aku mendapat panggilan telefon dr abah.."jai, abah accident kat tol..tak boleh nak bangun". Aku yg dalam mamai2 pagi neh tekejut..Arrghh sudah..gtau mak n start moto g tol sg buloh..dah xde lak orgnye. Aku call abah kata dah kat hospital sg buloh..Pe lagi.pecutttt...

Smpi je hospital, abah br nak kena check oleh jururawat kat ctu. Abg ipar aku dah smpi..tak lama lepas tu biras dia pulak..Lps g jmpe doktor..lama jugak la nak menunggu doktor neh..abah dah sakit nih.pukul 930pg br no abah kene panggil.."pakcik kena x-ray", kata doktor tu..dgn pakai kerusi roda, aku pun menolak abah ke bahagian x-ray. Lepas pemeriksaan, br tau ade satu tulang dekat peha patah @ retak..

" ni tak boleh pakai kerusi roda, kena pakai katil..."

Katil smpi jerk, terus M.A tu tolak n bawa ke wad.ni msti kena tahan..

Kelmarin, abah dah dibenarkan balik setelah 5 hari di hospital. Kena operate, masuk besi..huhuhu..Syukur la abah xde pape, so skang neh kaki masih belum pulih sepenuhnya..

Kekasihku Seru

Salam semua..mesti semua ada melihat drama ini di tv3. Jika tak pun anda melihat di tv3 online kan..Cerita dia mmg best la..menyeramkan..boleh terbawa2 smpi ke tido..hahaha..ini aku bg sinopsis tentang cerita ini..

Sinopsis :
After the death of her mother, Marissa found out that she was actually adopted. Curious by these weird dreams that she’s been having, she wanted to find her real family. But after finding them, she was troubled by a family mystery that was kept secret from her. Burden by all these questions of her existence and why the women of her family was not allowed to wed was answered when the scary truth was finally revealed.
Cast: Emelda Rosmila, Fizz Fairuz, Umie Aida, Hairie Othman, Kuza
Director: Kabir Bhatia


Anda semua boleh melihat di :
1. di tv3, 930mlm setiap khamis.

2. tv3 online
Selamat menonton..

Sumber : tv3

18 September 2008

GODA

Satu lg drama dr 8tv..mula2 aku tgk mcm tak best but bila tgk 2x, layan la pulak..seperti drama2 8tv yg lain (Kami, Ghost).Disini aku selitkan sinopsis cite tu..

M is a popular anonymous 'love coach' who solves love problems for guys through the internet from his blog "Goda".

BURHAN, is secretly in love with ADELA but is unable to express his love to her mainly because she is the daughter of his boss. Burhan seeks help from M.

SANYA, a journalist, is convinced that M is a 'loser' in real life. Keen on finding out more for an article that she's writing, Sanya becomes increasingly obsessed with M and launches a nationwide search to unravel M's identity.

Sharp, funny, dramatic, Goda is about young men putting the gears into the game of seduction. In each episode, Goda follows the unravelling drama in Sanya, Burhan and Adela's lives. We also see M in 'action' through his blog, narrating advice to a different guy in each episode about getting seduction right.

Will Sanya find out M's true identity?

Will Sanya give her ex, Zul a second chance?

Will Burhan get his Adela?

All in Goda.

Selamat menonton... :)

Sumber : 8tv

Majlis Berbuka Puasa WG 08

Salam kabare salam ramadhan..ahaks.Puasa x neh?Minggu lepas (12/9/08), kami staff wg telah mengadakan sesi menambahkan diameter perut memasing bertempat di teratak indah wg...(stor kat opis).
Harap majlis spt ini dpt diadakan setiap tahun..(tiap2 hari pun ok).sbb apa, sbb dpt mengeratkan lg hubungan persahabatan dan merapatkan ukhwah kami...(yg jauh kita dekatkan, yg dekat...?).aku nak khai jawab..ahaks..

Bukan main melambak lg makanan.Inilah yg dikatakan sikit2, lama2 membukit..mne taknya, setiap staff perlu membawa juadah msing2..

Sesi mkn x habis2 neh dimulakan dgn bacaan doa pembuka pose oleh saudara fahmi..(kan main laju dia bc)..yeahh..masa utk mkn..dan sesungguhnya, acara mkn beramai2 ini sudah tentunya diungguli oleh Ash..ya..ya..(try mkn kat chicken hartz tgk)..muakaka.. Acara penyudahnya, sesi membungkus makanan yg tak habis utk dibawa pulang dan dr pemerhatian aku la..acara ini aku nobatkan kpd kak sue sbg johan..(mmg tak arr)..muahaha..apapun, korang mmg best.. :) "Semoga kita semua berjumpa lagi pada sesi berbuka puasa 2009 "

AHA !!




09 September 2008

Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti (PPIK)

Hi all,
Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan ketakwaan. Dari 8-10 Sept 2008 neh, aku berada di Vistana Hotel, K.L bersama teman2 sekerja WG. Ada 1 Kursus Pembangunan untuk PPIK. PPIK neh adalah kesinambungan drpd program PID. Kursus ni diadakan 3 hari shj dr jam 9pg hingga 5ptg. Yelah, pose kan..time petang jgn cakap la, mengantuknya kan main lg..dg n laponyer lg..hahaha..

Walauapa pun, inilah tugas kami yg harus dipikul sekaligus ia adalah 1 ibadah.kan..kan..isk, jap lg nak keluar dah..Hari ni start kursus pukul 9pg..adios..amigos.. :)

01 September 2008

Selamat Berpuasa Semua

Selamat Berpuasa buat anda semua. :)

"PUASA ialah menahan diri daripada segala yang membatalkannya sepanjang hari, bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari disertakan dengan niat."




Niatnya :

"Nawaitu shauma ghodin ‘an adaai fardli syahri ramadlaani haadzihis sanati lillaahi ta’alaa "


Niat berbuka puasa :
"allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin"

Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

Iklan Bergambar !