Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

27 October 2008

PID Road Tour - PID Kota & PID Tg Kling

Salam semua,
aku harap semua sihat. woo, cuti smpi ari isnin, yeahhh..Happy Diwali pd yg menyambutnya..Lama dah aku peram cerita psl SiteVisit a.k.a penjelajahan ke selatan tanahair (N9, Melaka n Johor). Penjelajahan ini selama seminggu bermula dari 13 - 18 Okt 08 yg lepas..Lamakan, seminggu tu, diibaratkan seperti Cuti2 Malaysia..muakaka..cuti ye tak..padahal kerja..Lawatan ke PID neh terdiri drpd kak laila, kak zana, ash n aku..Alhamdulillah, dpt kereta
pun ok, WAJA yg x berapa waja sgt la..ekeke..Aku cerita by date la kan, senang...

13/10/08
Isnin

Perjalanan aku bermula apabila aku meng'start'kan enjin kereta menuju ke umh ash. Slps amik ash, kami menuju ke Taman Melati utk amik mak datin(kak zana)..ekeke..boleh tahan jugak la menunggu kak zana ni bersiap, kata dah siap..tp 3 tahun jugak la menunggu..akhirnya, muncul jgk dgn membawa beg yg ala2 cam nak lari dr umh..seterusnya kami ke keramat utk mengambil kak laila(bos)..hehe..cukup merujakan hati dan perasaan aku bila otw ke umh kak laila..jln pg tu mmg jem teruk..huhu, ditambah pula dgn kata2 begini..

"aku x igt la pulak mne simpang masuk umh kak laila.." - A
"ntah, tp ade kedai2 kat tepi nak masuk ke situ.." - Z


Aku dah tak sedap neh, terasa cam suam2 kat kepala aku neh..hehe..mne taknya, g dah byk kali umh kak laila, tp leh lupa jlnnye..ni klu kak laila tau, masakla sape yg berkata2 kat atas tu..muakaka..akhirnya setelah membuat 1 kesimpulan dan terlajak sikit, kami jmpe jlnnye..aku dah agak dah..muahaha..agak ye tak..Kami keluar dari keserabutan jem di K.L lebih kurang pukul 8.50 atas nasihat pakar jalan2 di k.l..ekeke..maap bos. Kak Laila yg menunjukkan jalan terbaik tk keluar dr k.l menuju ke Sg Besi.Fuuhh, mmg terbaik la..Kami berhenti makan di hentian serdang utk sarapan pagi dan meneruskan perjalanan ke PID Kota, N9..Lupa nak gtau, road tour kami merangkumi N9, Melaka dan Johor...

PID Kota - PID Tg Kling - PID Sg Mati - PID Pagoh - PID Sri Medan - PID Bndr Penawar - PID Bndr Tenggara - PID Labis

Perjalanan menuju ke Kota tiada apa2 menarik, mmg la x menarik..highway kan..utk ke Kota, mmg byk jlnnya, tp aku mengambil langkah yg agak drastik( x ikut map sbnr) iaitu melalui tol simpang ampat/alor gajah. Situ dekat sikit..hehhe..lebih kurang pukul 1030pg, kami smpi di PID Kota..kami disambut oleh penyelia (kak diana).sudah ada komuniti yg smpi..Alhamdulillah, taklimat success dgn aktiviti high tension cabel sebagai penutup taklimat..


Komuniti disitu nmpk gayanya bersemangat untuk memajukan diri dan komuniti dlm usahawan dan aktif dengan KUS.Selepas taklimat, semua yg hadir menjamu selera..Wahh, mmg sedap2 mkn kat cni,ade masak lemak daging salai, udang sambal, rendang..n mcm2 lg lah..Perghh,mmg raya betul kami neh..

Selepas bergambar beramai2, kami dibawa ke satu perusahaan bahulu dan tempeyek (Indah Sajja Ent)..so kami dpt melihat sendiri bagaimana proses menghasilkan kuih bahulu dan tempeyek..aku rase la kan, paling mencabar pekerja kat ctu mse nak masak tempeyek..huiii, mmg memerlukan ketahanan diri yg tinggi..Terima kasih kak diana dan kak ima serta komuniti di Kota.Semoga berjumpa lagi dan berjaya.


Kami meneruskan perjalanan ke PID Tg Kling melalui jln kampung..Lg dekat katanya dr masuk highway balik..So, sepanjang perjalanan kami melalui kg2, ladang kelapa sawit..hehhe..indah jgk suasana tu..tp serius, dlm kete asyik nak ketawa jerk, mne taknya, keje nak membahan org. muakakaka...setelah sesat smpi ke Makan Hang Tuah, kami jmpe la jgk PID Tg Kling neh, betul2 depan hotel ape ntah..lupa lak..dlm kul 3 lebih jgk la kami smpi.Cuaca jgn ckp la, mmg panas abes..Kami disambut oleh Kak Zamila, pen.penyelia..dia keseorang an krn penyelianya baru sahaja berhenti kerja krn mndpt kerja baru.Agenda yg sama dgn pembukaan mjlis oleh pen.penyelia iaitu sesi memperkenalkan diri setiap komuniti yg hadir.Selepas itu, sesi taklimat pengenalan PID seterusnya taklimat dan perbincangan diantara komuniti dan kak laila. Selepas menjamu selera, kami meneruskan dgn aktiviti Vern Diagram.

Kami sungguh seronok dgn pembabitan komuniti disitu yg bersemangat sungguh.Waahh...caiyok2..Lawatan ke PID Tg Kling berakhir lebih kurang pukul 5 lebih..Singgah sebentar di surau berdekatan untuk solat dan kami teruskan perjalanan ke hotel untuk berehat sementara menunggu hari esok yg mendatang..

Oppsss, lupa pulak..kami menginap di Selecstar Hotel. Ok la, destinasi budget kan.eekke...so kita jumpa esok pagi..aloha!!adios!!

26 October 2008

PID Road Tour - PID Sg Mati & PID Pagoh

14/10/08
Selasa

Pagi ini roadtour kami ke PID Sg Mati dan PID Pagoh...
Sebelum smpi ke PID Sg Mati, kami bersarapan dulu kat kedai mkn tepi jln berhampiran bndr Muar. Sarapan pagi tu boleh tahan jugak. Nasi goreng ngan milo o ais.Perghh, layan seh..Sampai sahaja di PID Sg Mati, kami disambut oleh penyelia dan penolong, kak zaimah & kak azue.Besar jugak kawasan PID dan pos neh.

Kalau nak buat mjlis kawin pun ok.hehhe..Taklimat berjalan dengan lancar..pd mulanya la.ekeke..ttp tetiba blackout pulak..so takleh nak pancarkan slide presentation dr kak laila..so sesi diteruskan dgn sesi perbincangan shj.Byk jugak la input2 yg diterima dlm pembangunan keusahawanan sosial dlm komuniti.Seterusnya, mungkin korang semua tau aktiviti ape kan..kan.ekeke..ya, MAKAN!!!

Menu yg sesungguhnya membuatkan nafsu mkn bergelogak..bergelogak??bergelora..ekeke..nak tau menunya ape??sate, laksa johor, roti jala, kuih yg ade lauk kat atas tu, nasi impit n mcm 2 lg la..Fuhh, mmg best la..bab mkn je lah yg best kan.hehhee..Tp sebelum mkn tu, kami ada sesi bergambar beramai2..Lepas semua selesai, kami pun bergerak ke PID Pagoh.

Kami sampai di PID Pagoh dlm kul 1 lebih, so singgah sebentar di masjid depan PID utk solat.Disebabkan sambutan yg agak menggalakkan dr komuniti di Pagoh, maka sesi taklimat dibuat di Kompleks Penghulu. Sebelum kesana, kami singgah dulu ke PID krn ingin mengambil gambar PID.Sungguh cantik dan teratur PID mereka.

Terasa seperti di rumah.cuma tandas je xde..ekeke..Kami disambut oleh penyelia & pen.penyelianya (kak ila & abg hamdy).

Lps snap 2-3 gmbr, kami terus ke Kompleks Penghulu..x jauh, cme 5 minit jerk perjalanan. Meriah petang tu dgn kehadiran ajk KUS, usahawan dan bakal usahawan, serta komuniti setempat..ada la dlm 41 org yg hadir..Bersemangat sungguh.

Alhamdulillah, taklimat berjalan dgn lancar dan diakhiri dengan xtvt high tension cabel.Apa yg uniknya yg aku dapati, golongan warga emas juga turut sama memeriahkan majlis. Kami dihadiahkan dgn cenderahati oleh wakil komuniti pagoh iaitu berupa pasu besar yg dibuat dr kertas suratkhabar..Serius kau, mmg lawa dan unik..x caya, tgk gambar lah..hehhe..Terima kasih tak terhingga buat komuniti Pagoh.Semoga berjaya dgn KUS.Kami meneruskan perjalanan menghala ke Bandar Muar untuk berehat di hotel.

Kami menginap di Hotel Sri Pelangi.Harga bilik pun berpatutan la..tu smua budget tu..ekeke..Okla bilik dia..air panas ada, aircond ok.. Kami keluar mkn mlm lebih kurang pukul 8.30.Kak laila x ikut sbb letih..Mana tak letih, 1 hari berjalan dengan bg taklimat lg..huuuuhhh, sian bos aku..xpelah, kak laila berehatlah, kami tapaukan makanan.Misi mkn mlm ari ni ialah mencari MEE BANDUNG MUAR.cari punya cari, tnya punya tnya..xde..

So kami singgah la kat satu kedai yg memasang screen projector gedabak beso..huhuhu..D'Cahaya Seafood nama kedainya..so nama kedai pun seafood, mstilah order tomyam kan, xkan order nasi campur ngan sate..ekeke..lps mkn, ash tetap mahu meneruskan MISI kami iaitu mencari MEE BANDUNG MUAR yang dikatakan sedap hingga boleh jd gila kalau tak mkn. Serius beb, aku dah tgk keadaan org yg separuh sedar dlm pencarian mee bandung ni.Mmg huru hara woo..muakakaka..siap call penyelia PID sg mati lg bg tunjuk direction ke kedai yg sbnr.hahha..mmg tak bleh bla tul la..

Akhirnya kami menjumpai kedai tersebut. Inilah yg dikatakan "U ALL NAK U ALL CUBER"..Mmg tak rugilah cari, mee bandung ni mmg best,mmg yg terbaik..kami bungkus jer mkn kat bilik..ekeke..

Perjalanan kami bersambung esok pagi..so korang baca esok jugak la..adioss..amigos!!

PID Road Tour - PID Sri Medan

15/10/08
Rabu

Yeahh, perjalanan kami ari ni ke PID Sri Medan yang terletak di kawasan YongPeng..tp sebelum smpi Yong Peng, ada signboard ke Sri Medan.Sebelum kesana, kami bersarapan dulu di bndr muar. Sebelum srpn, kak laila bwk kami berjalan ke tepi pantai..indah sungguh permandangan kat ctu, ramai jgk yg melakukan aktiviti riadah spt jogging.

Sarapan kami pg itu ditaja oleh pihak WG..ekeke..R & H Cafe Sate Maharani nama kedainya..pergghh, mse kami masuk ke kedai tu, aku terdengar suara seseorang...

"sate utk 4 org mkn..."

Ait, belum duduk lg dia dah orderkan sate tuk kami..kan main bagus servis dia..hehhe..menu sarapan kami pg tu ialah nasi lemak, mee rebus bersama dgn sateee..ekeke..n siap dpt percuma juice ape ntah..masam2 manis..sedap la jugak..Dalam kedai ni dipenuhi dgn gmbr2 pelakon.Maksudnya, kedai ni mmg terkenal di kalangan artis2 di Malaysia, bukan kemboja mahupun Tanah Jawa yerr..

Lepas jer sarapan, kami teruskan perjalanan kami ke PID Sri Medan.Tak susah utk mencari PID ni, lg pun kak laila mmg org muar.Smpi shj di PID Sri Medan, kak zaimah penyelia PID terkejut sbb kami dah smpi...ekeke..Inila satu2 nya PID yg ada tangga sepanjang kami membuat lawatan neh..Pen.penyelia (fauzan) ada kat dlm pid.

Sudah ada penduduk yg dtg..mereka yg dtg ini terdiri drpd ketua2 kg, juga majlis diserikan dgn kehadiran ADUN kawasan tersebut, Datuk Ariss.Usahawan2 belia juga hadir dlm sesi pagi tu.Alhamdulillah, sesi taklimat berjalan dgn lancar.

Kami sempat membuat aktiviti iaitu Pohon Masalah & Peluang.Makan tengahari kami ditaja oleh PID Sri Medan.Selepas itu, kami dibawa melawat ke ladang salah sorng usahawan muda,along namanya.Beliau mengusahakan ternakan iaitu lembu, kambing, arnab dan ikan. Disamping itu juga, beliau ada menghasilkan baja buatan sendiri jenama MAS HITAM. Selepas sesi lawatan ke ladang along, kami meneruskan perjalanan ke Bndr Penawar.

Perjalanan ke Bndr Penawar mengambil masa kira2 5 jam lebih kurang..mmg jauh..huhuhu..Disepanjang perjalanan kami berbual mcm2..so takla boring sgt ka..Smpi di Kota Tinggi kami singgah utk mkn dahulu.Ash ajak g kedai sup Gear Box.Kami on jerk..kedai tu mmg aku ngan ash penah pegi dulu mase ikut sukarelawan banjir kota tinggi.Ok la sup dia.Aku tak mkn sbb sup tu kambing..hehhe..so aku just mkn sup daging ngan nasi putih.Kak laila mkn sungguh berselera,katanya dia br try2 mkn sup gear box neh..dia mkn dgn roti..Fuuhh, cam sedap jerk..hehhe..Perjalanan kami masih jauh lg. Bndr Penawarnye pun tak jmpe lg.Kisah di Bndr Penawar ni lg horror..muakakakak..aku cerita kat bawah...

KISAH PENCARIAN BATU LAYAR BEACH RESORT..

"ok..ok..kita sah smpi bndr penawar.."
"so mne hotelnye neh.."
"ok..terus jerk smpi bulatan, amik kul 3.."
"ok..n then.."
"terus jer..terus n terus.."

Perjalanan terus menerus ni agak mengkhuatirkan diri kami..

"call tnya lg kat mne hotel neh, dah jauh ni..dah nak senja lak tu.."
"ok..ok.."
"helo, slm kak..sye dah smpi..so..aaa, ok..terus lg..k..ahha..ok, papehal sye call balik.."
"cane?"
"terus jerk smpi nmpk signboard batu layar.."
"mne ni, kiri kanan hutan jerk..dah jauh dr bndr penawar ni..huhu.."

Aku agak dah kami ni cam sesat pun ada..jam dah pukul 7..

"kita patah balik cmni.."
"try cr hotel kat bndr.."

Adesss..cmno neh..aku dah cuak nih..aduyai..masak aku cmni..
Dlm keributan neh, saje jerk buka cerita kekasihku seru..

"ha, tu signboard ke batu layar..masuk kiri..kiri.."
"betul ke nih, apsl semak samun jerk nih.."

Uiks, betul ke ni..aku pun dah terasa something..xpe2, teruskan jgk..akak tu kata depan dah..

"ha, betul lah ni, tepi pantai..akak tu ckp dah dekat.."
"dekat2 dr td x smpi2 jugak.."

Tetiba mata kami tersasar ke satu kawasan sebelah kanan yg mepunyai bangunan atapnye dr pohon nipah..spt chalet ttp xde org pun..
mmg seram jugak la..tp aku xde rse pape..cam biasa jerk..tp xkan lah nak duk ctu kan, aku bwk bos neh..

"mne nih, nak dah pusing balik jln neh.."
"aku rse yg td la.."
"xkanlah..horror dowhh.."
"xnak..xnak..kita cr hotel lain.."
dlm ati aku.."hutan je nih..apahal neh..dah senja nih.."

Tetiba kat tgh2 jln yg dikelilingi hitan semak samun, ternampak kelibat dr kejauhan seorg wanita berbaju biru berjalan kaki seorg diri.
Ait, mne dtg dia ni time senja2 neh..dah la br cerita kekasihku seru.

"ha, kita tnya org nih..kot2 dia tau.."
"husshh, xnak arr..yg bkn2 jerk idea dia neh.."

Kereta kami melintasi wanita tersebut..aku perasan dia tgh bercakap dgn handphone, kalau dr jauh nmpk dia cam tutup muka pakai selendang.
Mula la keluar dr mulut dlm kete tntg yg bukan2..Lantak la..yg penting jmpe tempat tuk berehat..
Kami pun meneruskan perjalanan klu2 ade chalet berdekatan..Alhamdulillah..

"ha, ni ada satu..berenti jap..aku tnye.."
"salam pakcik, bilik ada tak pakcik.."
"ada, klu nak pakcik buka.."
"boleh la pakcik.."
"beb, boleh jom..."

Apa lg, ash pun masuk parking..Masa time tu dah pukul 7 lebih..

"Ada sape2 lg tak pakcik yg menginap kat cni..?"
"xde, korang jerk.."
"uiks..."
"bilik kat cna..klu nak mkn order jerk.."
"baik pakcik..terima kasih."

Alhamdulillah, dpt juga kami tempat untuk berehat..hahahha..sbnrnya ade lg insiden yg berlaku, tp biarlah menjadi kenangan pd kami..
Lepas mkn mlm, kami pun masuk bilik..Aku ngan Ash leh layan tgk cerita AYAT2 CINTA..muakakak..jiwang siot..

TAMAT...


So cenggitu lah ceritanya..so aku xnak wat apa2 dah, esok nak ke PID Bndr Penawar...jumpa disana..adios..amigoss!!gudnite..salam. :)

25 October 2008

PID Road Tour - PID Bandar Penawar

16/10/08
Khamis

Pg tu kami bangun awal..sbb pukul 7.30pg kami dah nak keluar ke bandr penawar.lupa nak gtau..smlm punya perjalanan dr bndr penawar ke batu layar 22km jerk..hermm..
Pg ni kami tgk kawasan chalet ni mmg indah..cantik..nama dia PUNGGAI BEACH RESORT.Ok wat..hehehe..destinasi budget lg..

So lepas aku settlekan bayaran, kami terus ke PID Bndr Penawar.Pemandangan sepanjang perjalanan hanya dipenuhi dgn semak samun dikiri kanan jalan.Kami bersarapan dulu
di kedai berdekatan dgn bas stand bndr penawar.Mmg cara, menu pagi ni..nasi goreng ngan nescafe o..Tetiba nmpk satu bro ni pakai baju ala2 PID..rpenye baju tu T-Shirt
KUS Bndr Penawar..Wahhh, bagus betul diorg nih, dah ada t-shirt kelab sendiri..bro tu nme nye Fansuri.Siap berbual ngan kami mse sarapan..hehhe..

Taklimat pg tu diadakan di bilik gerakan Peladang bndr penawar.Ramai juga usahawan2 yg hadir.Majlis dimulakan oleh kata2 aluan dr pengerusi dan bacaan doa.Selepas itu sesi pengenalan oleh komuniti.Slps itu, sesi kak laila dan seterusnya Penyelia & Pen. Penyelia PID Bndr Penawar yakni (Zarina & Azila) meneruskan sesi taklimat tentang pengenalan ttg PID dan Minisite PID.

Perbincangan menjadi hangat apabila xtvt "high tension cabel" diadakan. Byk input yg diberikan..Kami juga telah diberi cenderahati oleh ajk. Terima kasih la bebanyak...susah2 jerk..Selepas sesi bergambar, kami dijemput menikmati juadah mkn tghari dibawah.

Huuiiiyoo..Fuiiyooo..ikan talapia beb..fresh lg dr kolam..hahhaa..mjadi lauk utama..ikan talapia masak ape erk..tp mmg yg terbaik la aku ckp..ekeke..terima kasih paklong..paklong ni ada kolam ikan air tawar. Selepas itu, kami dibawa ke lawatan ke salah satu tapak tanaman campuran yg diusahakan oleh En. Fansuri.(yg jmpe mase pg td).Bermacam2 tanaman yg beliau tanam, ada timun, cili, pokok roselle n mcm2 lah..hehhe..kami mengambil masa dlm 1/2 jam berada di ladang tersebut.
Setelah selesai kami terus ke PID Bndr Penawar. Sbb kami belum ke pid lagi..Snap 2-3 gambar, access internet..kami terus memulakan perjalanan ke Kota Tinggi dimana tempat penginapan kami seterusnya.Mmg seronok perjalanan kami hari ini..dlm kereta asyik nak bergelak ketawa..Tetiba aku teringat sesuatu...arrgghhh..penin2..cane nih..

Smpi jerk di Kota Tinggi, kami terus ke hotel yg di'suggest' oleh penyelia pid..MYRES HOTEL namanya..Unik la pulak hotel neh, kaunter receptionistnyer di tingkat 8..hehe..xpelah, janji ada bilik utk mlm ni kami berehat.

Alhamdulillah, ada pun biliknya..Kepala aku masih memikirkan sesuatu..huhuhu..dah check-in, aku termenung jerk..tetiba dpt sms..

"nnti acik dtg kota tinggi..dia hntr sekali fail tu.."

Wahhhh, aku terasa nak melompat terjun ke bawah hotel bila baca..nmpknye korg semua dah tau apa yg mmbuatkan aku diam..sunyi sepi..hinggakan kak laila dan kak zana tertanya2..xkan nak gtau..masak aku kena ngan kak laila..aku sedar kelalaian aku ni mengundang kesusahahan org lain..huhuhu..maafkan aku acik krn menyusahkan ko..tp ok wat..dapat aku date ngan ko..ekeke..

"acik dtg kota tinggi kan.."
"ha, tp nak singgah ke rumah arwah jap, dlm kul 6 smpi"
"ok..aku tggu.."


Oohh, senang dlm hati..Ash ajak kuar mkn, aku malas..kata ada hal..ekkeke..mne taknya, diorg mkn time aku nak g jmpe acik..xpelah, korang mkn jelah ye..Dgn pantas aku capai beg berisi laptop n menyarung kamera ke leher, (kunun pelancong sgt la tuh)..aku keluar dr hotel menuju ke dataran kota tinggi yg ada jam tu..br aku smpi jerk kat ctu acik pun smpi.. xkanlah dia dtg semata2 nak hntr fail kan..so aku ajak la dia g mkn, lg pun aku x mkn lg..dia ngan sorg lg anak didik dia..aku tak igt la pulak nama dia..so kami g mkn, jln2 jap n acik hntr balik aku ke hotel.Terima kasih byk2 pada acik, zarina n member sbb tolong aku..:)

So mlm tu aku tido dgn aman..Smpt lg kul 930 turun lobby tgk cite "kekasihku seru"..hehehhe..

Iklan Bergambar !