Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

27 October 2008

PID Road Tour - PID Kota & PID Tg Kling

Salam semua,
aku harap semua sihat. woo, cuti smpi ari isnin, yeahhh..Happy Diwali pd yg menyambutnya..Lama dah aku peram cerita psl SiteVisit a.k.a penjelajahan ke selatan tanahair (N9, Melaka n Johor). Penjelajahan ini selama seminggu bermula dari 13 - 18 Okt 08 yg lepas..Lamakan, seminggu tu, diibaratkan seperti Cuti2 Malaysia..muakaka..cuti ye tak..padahal kerja..Lawatan ke PID neh terdiri drpd kak laila, kak zana, ash n aku..Alhamdulillah, dpt kereta
pun ok, WAJA yg x berapa waja sgt la..ekeke..Aku cerita by date la kan, senang...

13/10/08
Isnin

Perjalanan aku bermula apabila aku meng'start'kan enjin kereta menuju ke umh ash. Slps amik ash, kami menuju ke Taman Melati utk amik mak datin(kak zana)..ekeke..boleh tahan jugak la menunggu kak zana ni bersiap, kata dah siap..tp 3 tahun jugak la menunggu..akhirnya, muncul jgk dgn membawa beg yg ala2 cam nak lari dr umh..seterusnya kami ke keramat utk mengambil kak laila(bos)..hehe..cukup merujakan hati dan perasaan aku bila otw ke umh kak laila..jln pg tu mmg jem teruk..huhu, ditambah pula dgn kata2 begini..

"aku x igt la pulak mne simpang masuk umh kak laila.." - A
"ntah, tp ade kedai2 kat tepi nak masuk ke situ.." - Z


Aku dah tak sedap neh, terasa cam suam2 kat kepala aku neh..hehe..mne taknya, g dah byk kali umh kak laila, tp leh lupa jlnnye..ni klu kak laila tau, masakla sape yg berkata2 kat atas tu..muakaka..akhirnya setelah membuat 1 kesimpulan dan terlajak sikit, kami jmpe jlnnye..aku dah agak dah..muahaha..agak ye tak..Kami keluar dari keserabutan jem di K.L lebih kurang pukul 8.50 atas nasihat pakar jalan2 di k.l..ekeke..maap bos. Kak Laila yg menunjukkan jalan terbaik tk keluar dr k.l menuju ke Sg Besi.Fuuhh, mmg terbaik la..Kami berhenti makan di hentian serdang utk sarapan pagi dan meneruskan perjalanan ke PID Kota, N9..Lupa nak gtau, road tour kami merangkumi N9, Melaka dan Johor...

PID Kota - PID Tg Kling - PID Sg Mati - PID Pagoh - PID Sri Medan - PID Bndr Penawar - PID Bndr Tenggara - PID Labis

Perjalanan menuju ke Kota tiada apa2 menarik, mmg la x menarik..highway kan..utk ke Kota, mmg byk jlnnya, tp aku mengambil langkah yg agak drastik( x ikut map sbnr) iaitu melalui tol simpang ampat/alor gajah. Situ dekat sikit..hehhe..lebih kurang pukul 1030pg, kami smpi di PID Kota..kami disambut oleh penyelia (kak diana).sudah ada komuniti yg smpi..Alhamdulillah, taklimat success dgn aktiviti high tension cabel sebagai penutup taklimat..


Komuniti disitu nmpk gayanya bersemangat untuk memajukan diri dan komuniti dlm usahawan dan aktif dengan KUS.Selepas taklimat, semua yg hadir menjamu selera..Wahh, mmg sedap2 mkn kat cni,ade masak lemak daging salai, udang sambal, rendang..n mcm2 lg lah..Perghh,mmg raya betul kami neh..

Selepas bergambar beramai2, kami dibawa ke satu perusahaan bahulu dan tempeyek (Indah Sajja Ent)..so kami dpt melihat sendiri bagaimana proses menghasilkan kuih bahulu dan tempeyek..aku rase la kan, paling mencabar pekerja kat ctu mse nak masak tempeyek..huiii, mmg memerlukan ketahanan diri yg tinggi..Terima kasih kak diana dan kak ima serta komuniti di Kota.Semoga berjumpa lagi dan berjaya.


Kami meneruskan perjalanan ke PID Tg Kling melalui jln kampung..Lg dekat katanya dr masuk highway balik..So, sepanjang perjalanan kami melalui kg2, ladang kelapa sawit..hehhe..indah jgk suasana tu..tp serius, dlm kete asyik nak ketawa jerk, mne taknya, keje nak membahan org. muakakaka...setelah sesat smpi ke Makan Hang Tuah, kami jmpe la jgk PID Tg Kling neh, betul2 depan hotel ape ntah..lupa lak..dlm kul 3 lebih jgk la kami smpi.Cuaca jgn ckp la, mmg panas abes..Kami disambut oleh Kak Zamila, pen.penyelia..dia keseorang an krn penyelianya baru sahaja berhenti kerja krn mndpt kerja baru.Agenda yg sama dgn pembukaan mjlis oleh pen.penyelia iaitu sesi memperkenalkan diri setiap komuniti yg hadir.Selepas itu, sesi taklimat pengenalan PID seterusnya taklimat dan perbincangan diantara komuniti dan kak laila. Selepas menjamu selera, kami meneruskan dgn aktiviti Vern Diagram.

Kami sungguh seronok dgn pembabitan komuniti disitu yg bersemangat sungguh.Waahh...caiyok2..Lawatan ke PID Tg Kling berakhir lebih kurang pukul 5 lebih..Singgah sebentar di surau berdekatan untuk solat dan kami teruskan perjalanan ke hotel untuk berehat sementara menunggu hari esok yg mendatang..

Oppsss, lupa pulak..kami menginap di Selecstar Hotel. Ok la, destinasi budget kan.eekke...so kita jumpa esok pagi..aloha!!adios!!

2 comments:

Anonymous said...

[B]NZBsRus.com[/B]
Forget Idle Downloads Using NZB Downloads You Can Swiftly Find High Quality Movies, Console Games, MP3 Singles, Applications & Download Them at Fast Rates

[URL=http://www.nzbsrus.com][B]Newsgroup[/B][/URL]

Anonymous said...

Belong with casinos? select this unformed [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] act and wing it slenderize online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
you can also repercussion the pail our untrained [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] advert at http://freecasinogames2010.webs.com and oust in unequivocal to heyday fabulously unsuitable !
another late-model [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] purlieus is www.ttittancasino.com , in secure mother earth german gamblers, pressurize manumitted online casino bonus.

Iklan Bergambar !