Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

26 October 2008

PID Road Tour - PID Sri Medan

15/10/08
Rabu

Yeahh, perjalanan kami ari ni ke PID Sri Medan yang terletak di kawasan YongPeng..tp sebelum smpi Yong Peng, ada signboard ke Sri Medan.Sebelum kesana, kami bersarapan dulu di bndr muar. Sebelum srpn, kak laila bwk kami berjalan ke tepi pantai..indah sungguh permandangan kat ctu, ramai jgk yg melakukan aktiviti riadah spt jogging.

Sarapan kami pg itu ditaja oleh pihak WG..ekeke..R & H Cafe Sate Maharani nama kedainya..pergghh, mse kami masuk ke kedai tu, aku terdengar suara seseorang...

"sate utk 4 org mkn..."

Ait, belum duduk lg dia dah orderkan sate tuk kami..kan main bagus servis dia..hehhe..menu sarapan kami pg tu ialah nasi lemak, mee rebus bersama dgn sateee..ekeke..n siap dpt percuma juice ape ntah..masam2 manis..sedap la jugak..Dalam kedai ni dipenuhi dgn gmbr2 pelakon.Maksudnya, kedai ni mmg terkenal di kalangan artis2 di Malaysia, bukan kemboja mahupun Tanah Jawa yerr..

Lepas jer sarapan, kami teruskan perjalanan kami ke PID Sri Medan.Tak susah utk mencari PID ni, lg pun kak laila mmg org muar.Smpi shj di PID Sri Medan, kak zaimah penyelia PID terkejut sbb kami dah smpi...ekeke..Inila satu2 nya PID yg ada tangga sepanjang kami membuat lawatan neh..Pen.penyelia (fauzan) ada kat dlm pid.

Sudah ada penduduk yg dtg..mereka yg dtg ini terdiri drpd ketua2 kg, juga majlis diserikan dgn kehadiran ADUN kawasan tersebut, Datuk Ariss.Usahawan2 belia juga hadir dlm sesi pagi tu.Alhamdulillah, sesi taklimat berjalan dgn lancar.

Kami sempat membuat aktiviti iaitu Pohon Masalah & Peluang.Makan tengahari kami ditaja oleh PID Sri Medan.Selepas itu, kami dibawa melawat ke ladang salah sorng usahawan muda,along namanya.Beliau mengusahakan ternakan iaitu lembu, kambing, arnab dan ikan. Disamping itu juga, beliau ada menghasilkan baja buatan sendiri jenama MAS HITAM. Selepas sesi lawatan ke ladang along, kami meneruskan perjalanan ke Bndr Penawar.

Perjalanan ke Bndr Penawar mengambil masa kira2 5 jam lebih kurang..mmg jauh..huhuhu..Disepanjang perjalanan kami berbual mcm2..so takla boring sgt ka..Smpi di Kota Tinggi kami singgah utk mkn dahulu.Ash ajak g kedai sup Gear Box.Kami on jerk..kedai tu mmg aku ngan ash penah pegi dulu mase ikut sukarelawan banjir kota tinggi.Ok la sup dia.Aku tak mkn sbb sup tu kambing..hehhe..so aku just mkn sup daging ngan nasi putih.Kak laila mkn sungguh berselera,katanya dia br try2 mkn sup gear box neh..dia mkn dgn roti..Fuuhh, cam sedap jerk..hehhe..Perjalanan kami masih jauh lg. Bndr Penawarnye pun tak jmpe lg.Kisah di Bndr Penawar ni lg horror..muakakakak..aku cerita kat bawah...

KISAH PENCARIAN BATU LAYAR BEACH RESORT..

"ok..ok..kita sah smpi bndr penawar.."
"so mne hotelnye neh.."
"ok..terus jerk smpi bulatan, amik kul 3.."
"ok..n then.."
"terus jer..terus n terus.."

Perjalanan terus menerus ni agak mengkhuatirkan diri kami..

"call tnya lg kat mne hotel neh, dah jauh ni..dah nak senja lak tu.."
"ok..ok.."
"helo, slm kak..sye dah smpi..so..aaa, ok..terus lg..k..ahha..ok, papehal sye call balik.."
"cane?"
"terus jerk smpi nmpk signboard batu layar.."
"mne ni, kiri kanan hutan jerk..dah jauh dr bndr penawar ni..huhu.."

Aku agak dah kami ni cam sesat pun ada..jam dah pukul 7..

"kita patah balik cmni.."
"try cr hotel kat bndr.."

Adesss..cmno neh..aku dah cuak nih..aduyai..masak aku cmni..
Dlm keributan neh, saje jerk buka cerita kekasihku seru..

"ha, tu signboard ke batu layar..masuk kiri..kiri.."
"betul ke nih, apsl semak samun jerk nih.."

Uiks, betul ke ni..aku pun dah terasa something..xpe2, teruskan jgk..akak tu kata depan dah..

"ha, betul lah ni, tepi pantai..akak tu ckp dah dekat.."
"dekat2 dr td x smpi2 jugak.."

Tetiba mata kami tersasar ke satu kawasan sebelah kanan yg mepunyai bangunan atapnye dr pohon nipah..spt chalet ttp xde org pun..
mmg seram jugak la..tp aku xde rse pape..cam biasa jerk..tp xkan lah nak duk ctu kan, aku bwk bos neh..

"mne nih, nak dah pusing balik jln neh.."
"aku rse yg td la.."
"xkanlah..horror dowhh.."
"xnak..xnak..kita cr hotel lain.."
dlm ati aku.."hutan je nih..apahal neh..dah senja nih.."

Tetiba kat tgh2 jln yg dikelilingi hitan semak samun, ternampak kelibat dr kejauhan seorg wanita berbaju biru berjalan kaki seorg diri.
Ait, mne dtg dia ni time senja2 neh..dah la br cerita kekasihku seru.

"ha, kita tnya org nih..kot2 dia tau.."
"husshh, xnak arr..yg bkn2 jerk idea dia neh.."

Kereta kami melintasi wanita tersebut..aku perasan dia tgh bercakap dgn handphone, kalau dr jauh nmpk dia cam tutup muka pakai selendang.
Mula la keluar dr mulut dlm kete tntg yg bukan2..Lantak la..yg penting jmpe tempat tuk berehat..
Kami pun meneruskan perjalanan klu2 ade chalet berdekatan..Alhamdulillah..

"ha, ni ada satu..berenti jap..aku tnye.."
"salam pakcik, bilik ada tak pakcik.."
"ada, klu nak pakcik buka.."
"boleh la pakcik.."
"beb, boleh jom..."

Apa lg, ash pun masuk parking..Masa time tu dah pukul 7 lebih..

"Ada sape2 lg tak pakcik yg menginap kat cni..?"
"xde, korang jerk.."
"uiks..."
"bilik kat cna..klu nak mkn order jerk.."
"baik pakcik..terima kasih."

Alhamdulillah, dpt juga kami tempat untuk berehat..hahahha..sbnrnya ade lg insiden yg berlaku, tp biarlah menjadi kenangan pd kami..
Lepas mkn mlm, kami pun masuk bilik..Aku ngan Ash leh layan tgk cerita AYAT2 CINTA..muakakak..jiwang siot..

TAMAT...


So cenggitu lah ceritanya..so aku xnak wat apa2 dah, esok nak ke PID Bndr Penawar...jumpa disana..adios..amigoss!!gudnite..salam. :)

No comments:

Iklan Bergambar !