Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

18 November 2008

Choose??

Tetiba aku pening..pening dgn keadaan sekarang ni..herm..kenapa kita perlu membuat pilihan..kenapa perlu ada pilihan?pilihan...adoyai..adakah pilihan itu tepat? atau tidak..??
LU PIKIRLAH SENDIRI!!!!!

16 November 2008

15 November 2008

Pusat Internet Desa (Rural Internet Centre/Telecentre) in Malaysia

Salam semua,
Mungkin ada yang masih tak tahu dengan apa itu PID iaitu Pusat Internet Desa. Aku tanya org kampung pun diorang ni tak tau apa itu PID. Ini mungkin sbb tempat mereka xde PID..hehhe..silap aku jugak la klu tnya cmtukan..tp apa pun aku nak gtau jugak..mungkin ini boleh membantu sesiapa yg inginkan info tentang PID ni. Lg satu sbb aku involve ngan projek PID ni smpi 2010.

Projek Pusat Internet Desa (PID) atau Rural Internet Centre ini adalah salah satu telecentre yg ada di Malaysia yg ditubuhkan pada bulan April 2000 oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia (KTAK). Terdapat 42 PID diseluruh negara dan disetiap PID diuruskan oleh 2 org iaitu penyelia dan penolong penyelia. PID ini adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk masyarakat bagi menghubungkan jurang digital antara kaum luar bandar dan bandar melalui kemudahan2 yang disediakan seperti komputer dan internet.

Lazimnya, PID tersebut letaknya disebelah pejabat pos dan setiap PID dibekalkan dengan 5-7 komputer, sebuah pencetak dan sambungan ke internet. Tahun 2008 ini, dibawah projek penambahbaikan, PID telah menerima 2 komputer riba, sebuah mesin faks, sebuah projektor, 2 webcam serta peralatan wayarles daripada KTAK.

PID juga menawarkan pelbagai perkhidmatan spt internet, latihan asas ICT, pembangunan web dan blog. Juga menyediakan e-servis utk komuniti setempat. Juga ada membuat aktiviti2 bersama komuniti spt Hari PID bersama masyarakat, bengkel dan seminar. Setakat ini, kesemua program yg dijalankan oleh PID telah menambahkan kesedaran pada masyarakat desa tentang teknologi komunikasi dan informasi.

Sekarang, PID menambahkan misinya iaitu membangunkan "vibrant communities" dimana aktiviti2 pembelajaran dan "networking" mnjd satu kebiasaan bg masyarakat dan ia adalah sebahagian drpd KPI (Key Perfomance Indicators) supaya ia kearah yang mampan dan teguh. Dengan sokongan yg padu serta latihan2 yg diberikan, ia dpt membantu PID berdiri dengan sendiri yakni mampan dan teguh pada tahun 2010 serta dapat memberikan kemajuan kpd komuniti.

Warisan Global Sdn Bhd adalah perunding utama yg dilantik utk menjalankan projek drpd KTAK ini. Jika ingin melihat senarai PID diseluruh Malaysia, layari http://www.pid.net.my dan jika ingin melihat gambar serta aktiviti mereka, layari http://www.flickr.com/photos/my_pid.

05 November 2008

Preparation For Social Entrepreneurship Fair - CB3


Yeahh..minggu lepas br selesai CB3 di May Tower. Penat tak la sangat..2 hari jerk kursusnya..ehhe..cme bila opis dekat ni kan, ade jerk brg yg tertinggal. Kena lak aku jge iventori..jap2 brg ni xde..jap2 brg ni hilang..perghh, paling cuak 'bunting' GEW kurang 1..nasib la mau ade kunci..sabtu, opis tutup..selamat, ada jugak 'bunting' tu, amik kat bilik meeting..hehhehe..sshhhh!!

Berjumpa kembali kami si buddies dgn penyelia/pen.penyelia..kali ni kursus CB3 membincangkan tentang penilaian dan pemantauan utk PID dan komuniti serta persediaan PID ke SE Fair/GEW. Paling best time DST (Digital Story Telling). Setiap PID membawa DST masing2. Mmg cara lah..Kursus tu memberikan aku lebih tahu tentang bagaimana membuat DST dgn lebih bagus.

2 hari disana aku jd parah..parah sbb aku takleh nak mkn dgn aman dan damai..mne taknye, gigi aku sakit banget. ade satu mlm tu habis jerk sesi, aku terus ajak abe g kg baru..pekena bubur..mmg cara bubur dia..ekee...nak tau dtg kg baru..kedai dia dekat ngan pintu gerbang sebelah kanan.. :)

Paling tak boleh bla, aku kena bahan dgn 2 beradik sedondon secoklat..sbb ape aku pggil diorg cmtu??sbb bila jmpe jerk kat kursus, pakaian msti nak sama..muakakakka...tp paling sadis, "dia" lg teruk2 kena bahan..ni smua "dettol" punye pasal...cess..tp spe suh wat citer..tp serius, aku sgt sian kat "dia"...Apa pun, "sedondon" mmg best..seronok kuar ngan korang..hahahha..

Esoknya balik, aku ngan abe lepak2 di puduraya..uiks,lepak kat puduraya??x penah dibuat budak2 remaja zaman skang lepak kat ctu..hahahha..xpolah, apapun..aku PUAS!!! sbb dpt melepakkan diri.. :)

Insyallah, berjumpa kita kembali di SE Fair & Convention di KLCC. :)

04 November 2008

i'm confused...

Huhh..why ya??

Warkah OST Sindarela


Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta
Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa
Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku
Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

02 November 2008

Lagu ST 12 - Puspa


kau gadisku yang cantik
coba lihat aku disini
disini ada aku yang cinta padamu

kau gadisku yang manis
coba lihat aku disini
disini ada aku yang sayang padamu

walau kutahu bahwa dirimu
sudah ada yang punya
namun kan kutunggu sampai kau mau

jangan jangan kau menolak cintaku
jangan jangan kau ragukan hatiku
ku kan selalu setia menunggu
untuk jadi pacarmu

jangan jangan kau tak kenal cintaku
jangan jangan kau hiraukan pacarmu
putuskanlah saja pacarmu
lalu bilang i love you padaku

walau kutahu bahwa dirimu
sudah ada yang punya
namun kan kutunggu sampai kau mau

Iklan Bergambar !