Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

15 November 2008

Pusat Internet Desa (Rural Internet Centre/Telecentre) in Malaysia

Salam semua,
Mungkin ada yang masih tak tahu dengan apa itu PID iaitu Pusat Internet Desa. Aku tanya org kampung pun diorang ni tak tau apa itu PID. Ini mungkin sbb tempat mereka xde PID..hehhe..silap aku jugak la klu tnya cmtukan..tp apa pun aku nak gtau jugak..mungkin ini boleh membantu sesiapa yg inginkan info tentang PID ni. Lg satu sbb aku involve ngan projek PID ni smpi 2010.

Projek Pusat Internet Desa (PID) atau Rural Internet Centre ini adalah salah satu telecentre yg ada di Malaysia yg ditubuhkan pada bulan April 2000 oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia (KTAK). Terdapat 42 PID diseluruh negara dan disetiap PID diuruskan oleh 2 org iaitu penyelia dan penolong penyelia. PID ini adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk masyarakat bagi menghubungkan jurang digital antara kaum luar bandar dan bandar melalui kemudahan2 yang disediakan seperti komputer dan internet.

Lazimnya, PID tersebut letaknya disebelah pejabat pos dan setiap PID dibekalkan dengan 5-7 komputer, sebuah pencetak dan sambungan ke internet. Tahun 2008 ini, dibawah projek penambahbaikan, PID telah menerima 2 komputer riba, sebuah mesin faks, sebuah projektor, 2 webcam serta peralatan wayarles daripada KTAK.

PID juga menawarkan pelbagai perkhidmatan spt internet, latihan asas ICT, pembangunan web dan blog. Juga menyediakan e-servis utk komuniti setempat. Juga ada membuat aktiviti2 bersama komuniti spt Hari PID bersama masyarakat, bengkel dan seminar. Setakat ini, kesemua program yg dijalankan oleh PID telah menambahkan kesedaran pada masyarakat desa tentang teknologi komunikasi dan informasi.

Sekarang, PID menambahkan misinya iaitu membangunkan "vibrant communities" dimana aktiviti2 pembelajaran dan "networking" mnjd satu kebiasaan bg masyarakat dan ia adalah sebahagian drpd KPI (Key Perfomance Indicators) supaya ia kearah yang mampan dan teguh. Dengan sokongan yg padu serta latihan2 yg diberikan, ia dpt membantu PID berdiri dengan sendiri yakni mampan dan teguh pada tahun 2010 serta dapat memberikan kemajuan kpd komuniti.

Warisan Global Sdn Bhd adalah perunding utama yg dilantik utk menjalankan projek drpd KTAK ini. Jika ingin melihat senarai PID diseluruh Malaysia, layari http://www.pid.net.my dan jika ingin melihat gambar serta aktiviti mereka, layari http://www.flickr.com/photos/my_pid.

No comments:

Iklan Bergambar !