Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

29 January 2009

Ops Limau Basah II

Salam,
Nampaknyer menjadi jugak operasi neh..walaupun 1st idea nak ke Pulau Redang. Ramai jugak kat cna..kat atas tu fakta nombor ape yg berlaku. Tertiba aku jd malas nak menulis..muakakka..

25 January 2009

Salam AidilAdha 2009

Salam buat semua rakan di KBKcrew, semalam tanggal 10 Zulhijjah 1430h, kita semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha atau dikenali dengan Hari Raya Korban. Ketika itu juga umat Islam di Mekah semakin tiba ke penghujung dalam mengerjakan ibadah haji.
Apakah yang menjadikan AidilAdha itu lebih meriah?
Sudah pastilah kerana adanya ibadah korban, iaitu menyembelih haiwan ternakan tertentu sebagai suatu tuntutan ibadah kepada Allah. Lazimnya kalau di negara kita, lembu adalah binatang popular untuk dikorbankan.

Wahai Rasulullah,apakah erti korban ini? Jawab Rasulullah…itulah sunnah daripada datukmu Ibrahim.
Sahabat bertanya lagi, apakah keuntungan korban ini? Tiap2 bulunya merupakan satu hasanah iaitu satu kebaikan…jawab Rasulullah.
Jika dihayati dengan lebih mendalam, kita harus menghayati falsafah disebalik sebuah pengorbanan kerana itu bakal menjadikan peribadi diri kita lebih kuat dan matang. Pengorbanan kita untuk hari ini, sudah tentu akan dibawa untuk hari kemudian. Justeru, sebagai penulis blog KBKcrew ini, pengorbanan masa yang diberikan untuk segala perkongsian maklumat mungkin sedikit sebanyak akan dinilai oleh-Nya.
Aku pasti, korang juga punyai banyak pengalaman tentang pengorbanan yang telah, sedang atau mungkin akan dilakukan. Pengorbanan aku sudah tentu berbeza antara satu sama lain. Jika pengorbanan itu dikongsikan di sini, sudah pasti kita semua akan mendapat nilaian terbaik untuk diri sendiri.
Apa yang telah kita semua korbankan...?
Berkorban pelajaran demi keluarga?
Berkorban cinta demi keluarga?
Berkorban kerjaya demi diri sendiri?
Berkorban harta dan wang ringgit demi keluarga, sanak saudara atau siapa sahaja?
Apapun, KBK crew disini mengucapkan
Salam AidilAdha buat semua rakyat Malaysia. Semoga kita semua sentiasa dalam keberkatan-Nya.

20 January 2009

Sahabat & Kekasih

Kenapa perlu dicampuradukkan antara persahabatan dan kekasih? Jika diberikan pilihan, yang manakah perlu dipilih? Sahabat atau kekasih? Kasih sayang itu diberikan kpd semua yg bernyawa. Cuma kelebihan pada manusia untuk menilai baik atau buruk, juga bagaimana kasih sayang itu diberikan. Aku teringat pepatah melayu..seperti menarik rambut dalam tepung..rambut tak putus, tepung tak berselerak..spt juga antara sahabat dan kekasih..Jika silap membuat keputusan, jiwa akan merana seumur hidup. Masa itu xkan kembali semula.
Tuhan, berikanku petunjuk-Mu......

15 January 2009

Jason Mraz ft Colbie - Lucky



Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Oooohhhhoohhhhohhooohhooohhooohoooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music, feel the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

14 January 2009

Lelabah Hitam

Tetiba aku terjumpa gmbr neh..seingat aku lah, gmbr ni di amik mase game Tresure Hunt tahun 2007..ait, skang dah 2009..lama jugak tuh..merasa aku masuk game neh..tp syg, tiket yg team aku menang tu, kitorang x g pun..hahaha..apa pun, Haloo..Haloo..WG menang tuk best dress male..muakaka... :)

Aha !!

Salam semua,

Ahha !!! cam penah dgr jerk perkataan tu..ye, itulah dia kata2 keramat dr bos aku dlu..tq bos. Dah dekat 2 minggu aku keje ditempat baru, suasana baru, perasaan baru, tahun baru..muahaha. :)

Think..Think..Think...

Korang agak2 aku nak buat apa ngan kuih2 neh..

06 January 2009

Anda Ingin Bercinta?

Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).

Mengapa bercinta?

Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..


Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta?

* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?

Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?

* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
* Kerana empunya diri itu sendiri?
* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.

Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?

* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?

Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

* Seminggu?
* Sebulan?
* Tiga, empat tahun?
* Sehingga habis belajar?
* Cinta hingga ke akhirat?

Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta

* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
* Masa yang anda korbankan untuk sidia
* Hati dan perasaan


Sikap Matang Dalam Mencari Cinta

Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?


Sumber : Ustaz Mohd Zul Roslan

04 January 2009

Menjadi Kenangan

Kini ia menjadi kenangan yang manis sehingga ke akhir hayat. :)

Selamat Datang 2009



Salam semua, tak terlamabat rasanya untuk aku mengucapkan salam tahun baru dan selamat datang 2009. Tahniah diucapkan juga kepada anda yang sentiasa ceria dan bersemangat untuk menempuhi hidup. Terfikir sejenak, adakah impian, tangunggjawab dan amanat pada tahun lepas sudah terlaksana? Kadang2 tak semua yang kita mahu lakukan pd tahun lepas akan mampu dibuat. Sudah pasti ada rintangan yg perlu ditempuhi. Ada yg maju dan tak kurang juga yg tersungkur.

Tak semuanya SUSAH dan tak semuanya SENANG.

Apapun, kepada semua..Semoga tahun 2009 ini menjadikan kita semua insan yang lebih tabah, sabar dan lebih baik baik daripada tahun yg lepas.

Iklan Bergambar !