Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

31 December 2010

2010 ke 2011 | Blogspot ke Wordpress

Assalamualaikum semua,

Wahh, ramai jugak yang sekarang ni tgh duduk depan tv bersama keluarga, lepak dataran merdeka atau putrajaya ataupun klcc dgn kawan2 atau pun lg yg dah dlm bilik sedang berdengkur.. Apa pun, hari ini adalah hari terakhir untuk tahun masihi 2010. Lagi satu jam kira semua akan masuk ke tahun baru 2011. Sudah banyak suka duka sepanjang tahun 2010 ini. Ia jua menambahkan lagi pengalaman dlm hidup.

Apa yang telah dilakukan oleh kita sepanjang tahun ini?

Malam ni aku tak keluar kemana2 untuk menyambut ambang tahun 2011. Hanya duduk depan tv melihat cerita Ironman. Sekarang ni pulak aku dah dalam bilik sambil menaip dan apabila aku menaip, otak aku berfikir laju mengingatkan perkara2 yang telah berlaku sepanjang hidup aku dari 1/1/2010 sehinggalah hari ni 31/12/2010.

Apa yang aku harapkan adalah agar tahun 2011 yang bakal tiba ni akan memberikan pada aku, keluarga aku, sahabat2 aku dan seluruhnya lebih baik daripada tahun 2010. Ambil ikhtibar dan pengajaran atas apa yg telah berlaku dan jadikan ia sbg peringatan dan panduan untuk menempuh kehidupan di masa akan datang.

Bermula 1/1/2011, blog aku ni yang menggunakan blogspot akan aku tutup. Selepas ni aku akan menggunakan perkhidmatan wordpress pula. Proses mengeksport kesemua post2 aku telah dibuat ke ' mohdrizalyusop.wordpress.com '. Terima kasih untuk Blogger.Com atas selama perkhidmatannya selama ini. Telah banyak pembaharuan yang telah dilakukan.

Selamat tinggal Blogspot dan selamat datang Wordpress. ^_^


Pada korang semua, aku ucapkan ..


SELAMAT TAHUN BARU 2011

Semoga impian dan azam yang telah dibuat akan tercapai.
Assalamualaikum. ^_^

22 November 2010

| Lirik : Baik - Baik Sayang - Wali Band |

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku


Dengarkan lagunya disini.



Khas ditujukan buat Cik Lynn di Simpang Bekoh, Melaka. :)

| Mendaki Bukit Broga |

Salam,

Hari minggu yang penuh dgn aktiviti. Hari Sabtu yg lepas, aku, amran, taro selamat jua mendaki Bukit Broga di Semenyih. Kalau diikutkan ramai lg yang nak pegi, tp disebabkan keadaan yg tak mengizinkan, hanya kami bertiga yang pergi. Ini adalah kali ke-2 aku kesana.

Perjalanan bermula seawal pagi pada jam 5pg. Dengan bantuan gps Amran, kami sampai juga ke kaki Bukit Broga. Jam menunjukkan pukul 6pg. Sampai je tempat parking, kami lihat dah penuh dah. Ramai juga yg naik walaupn cuaca malam tu hujan lebat.

Dengan berbekalkan torchlight, kami memulakan pendakian. Jangan risau sekiranya anda tidk membawa lampu suluh kerana disana terdapat gerai yg menjual lampu suluh. Hanya RM5 shj.

Trek pagi ni agak licin disebabkan hujan. Maka kami pun berjalan dengan berhati2. Trek agak landai pd permulaan pendakian. Semakin untuk sampai ke puncak semakin pacak pula. Disebabkan mendaki dalam gelap, maka trek x berapa nampak sgt pacaknya. Kalau x psiko juga tu.

Tips kalau mendaki ni kalau aku, aku akan tgk bawah je smbil jalan slow2. Tak perlu nak berlari2. Tapi, jgnlah tgk bawah je, kang kalau ada ranting pokok yang rendah, tak pasal2 je langgar. Sesekali tgk juga depan.

Kami sampai dipuncak yang pertama jam 7 pagi. Memang dah ramai kat atas. Untuk sampai ke puncak ini, trek dia agak mencanak. Tapi jgn risau, dah ada tangga buatan. So, mudah sikit untuk mendaki. Dekat sini pun dah start beratur..hahahha..ok lah kan, leh ambil nafas sikit.

Kami lepak kat atas puncak dalam sejam kot. Tangkap gambar aper yg patut. Lebih kurang pukul 8.30pg, kami pun turun.











Pepun, ini aku sediakan guide tuk sape2 yang belum pernah lagi pergi ke Bukit Broga.

Untuk drive kesana :

1. Senang ikut SILK. Apa SILK? Highway la.. Kasi ni map. (credit to http://www.manmeng.net/blog/2009/02/26/travel-broga-hill/)

2. Kalau nampak Universiti Nottingham tu, terus je sampai korang nampak deretan kereta tgh parking kat kiri kanan jalan.

3. Berhadapan dengan ladang arnab sebelah kanan.

Untuk mendaki pula :

1. Pakai kasut. Kalau terer pakai la selipar. Sapa tah ajar naik bukit pakai selipar ha? Nak mampos? Pakai Croc pun ok.

2. Bawak air kalau tanak kekeringan diatas bukit. Atas tu takde 7E mahupun mapley.

3. Sampah sila kutip balik. Jangan mengada buang botol/tin air atas bukit tu. Sapa ajar kau buang sampah merata? Kata panjat bukit nak menikmati keindahan alam. Pastu buang sampah. Kau ni bodoh ke ape?

4. Kalau nak tengok sunset, bawa lampu suluh. Nanti turun gelap nak mampus tak nampak apa. Bahaya dowh.

5. Kasi stamina la sikit sebelum pegi. Ini bukan bukit memain. Tinggi dowh. 1 jam punya hiking. Kau ingat sekejap ke? Lain lah naik helikopter.

6. Makan dulu sebelum mendaki. Takde tenaga kang nak mendaki.

7. Jangan cakap besar dalam hutan/semak. Nanti kene lempang.

8. Kalau hisap rokok jangan buang putung rokok yang still menyaler. Mau terbakar pula bukit tu.

9. Bawa apa yang patut saja. Tak perlu bawa mak nenek komputer semua naik atas tu.

10. Kalau jenis manja sangat tak tahan nyamuk, pakai la insect repellant.

So, sape2 yang belum cuba mendaki, try lah mendaki Bukit Broga. Bawak kamera ya. Permandangannya sangat indah.

18 November 2010

| Tinggal Kepala ? |

Salam semua,

Camne ngan raya korang hari ni..? Banyak ke rumah korang pegi ziarah? eh, igt raya puasa je ke leh ziarah knjung berkunjungan ni..raya haji pun boleh meh..padahal bila2 pun boleh tp sbb cuti raya ni lain sikit..hehehe..menu tuk hidang org dtg pun lain..x sama ngan hari2 biasa..ade ke org ari biasa hidang rendang ngan ketupat..xde kan..kan..kan..

Macam aku dah cerita kat entri yg lepas, kat kawasan aku korban kuda ada dlm 4 ekor..kuda sgt..lombu je pun..So nak dijadikan cerita, kakak aku yg duk kat Felda Soeharto tu dtg..sekali bawak kepalo lombu ngan kaki lombu da..aku saje je letak tajuk cmtu..muahahaha...ape pun ini cerita pasal kepala lembu..

Cane nak settle kepalo lombu tu weeeiii...aku x penah lapah kepalo lombu..kepalo somut tu ponah la..errkkk, apahal aku tulis dlm bahasa Negeri Sombilan ni...erkk, lg sekali...hahahha..

Ini info yg abg ipar aku gtau, kat kepala lembu ni ade la dekat 5kg daging dia..wow!! hehehe..dan klu boleh sume nak amik..dr otak, lidah n ape ntah lg td..nak kasi settle 1 kepala lembut tu pun dah amik masa 3 jam..perghhh..barai bai..

Tup2 settle je melapah kepala lembu td, sup tulang pun siap..hehehe..apa lagi, bacaan doa selamat pun dimulai oleh abg ipar aku..dan...apo laie..MAKANNNN....!!!

Hamek ni gambo kepala lombu kene lapah..ganas tul diorg ni..huhuhu...


'2 abg ipar aku ni tgh sronok melapah kepala lembu ni'



'lembu tu senget ke atau korang yg senget? hahha..'



'peminat2 kepala lembu sedang menunggu hasil..dah cm vampire..'



'dlm besen hijo tu adalah lidah lembu'



'tu je yg tinggal'



'bahagian rahang lembu..tu gigi dia..
cube kopak kepala manusia pulak tgk..ade bran ke..? hehe..

17 November 2010

| Salam Aidil Adha 1431 H |

Salam tuk semua,

Ahha, hari ni hari ape..? Ya, hari ni ari cuti..hari ni hari Rabu..dan yg penting sekali hari ni semua umat Islam menyambut Hari Raya AidilAdha. Untuk pertama kalinya aku dan keluarga beraya di penempatan baru. Yolah, aku kan baru pindah. Td pun baru balik dr sembelih lembu. Kat area umah aku ni ade 4 ekor lembu yg telah dijadikan korban. Alhamdulillah..

Ape pun, tuk korang sume..selamat bercuti, selamat berehat, selamat berkunjung-kunjungan dan.....

dari aku moque sekeluarga.. :)

03 November 2010

| Cuci Rumah kat Saujana |

Salam 1 Malaysia,

Minggu ni aku last menjadi penduduk di Taman Sri Buloh. Minggu depan aku ngan keluarga akan berpindah ke Sg Buloh Country Resort (SBCR) yang terletak di Saujana Utama. Sayang rsenye nak pindah ni. Dah hampir 3 tahun aku ngan family duk Tmn Sri Buloh. Nak buat cane kan, owner nak jual rumah tu. Aku ni cme menyewa je..Insyallah, tahun depan aku try beli rumah. Yang murah pun xpe la kan..janji x jadi cam kaum Nomad.hehehe..

Semalam aku, adik ngan kakak aku g cuci rumah tu. Oklah, x sampai 3 jam pun settle satu rumah tu kami cuci. So far, keadaan rumah ok. Cuma kat belakang tu bersemak sikit. Bukan sikit, byk sbnrnye..hehe..Nak kene potong rumput tu. Nantilah, dah pindah masuk aku g cari tukang potong rumput tu.

Ni pun aku tgh kemas barang2 kat bilik aku neh..Apahal lah byk lak brg2 ni..herm..

Ada sape2 nak tolong angkat barang rumah aku mase aku pindah nanti...?? hehehe..

Layan gambar sikit mase mencuci.. :)


Gambar 1 : Keadaan dlm rumah.




Gambar 2 : Kakak aku ngan anak dia.


Gambar 3 : Pandangan dari depan rumah.


Gambar 4 : Abg ipar ngan anak dia.(nadia)

24 October 2010

| Peristiwa dan Peristiwa |

Salam semua,

Yuhuuu..lama giles seh x update ini blog. Muahahaha, bz sungguh aku sejak 2 menjak neh..*bajet*

Kemalasan aku neh masih lagi bersisa2 neh..nak menulis pun cam ape jerk..skang ni pun aku tgh melepakkan diri kat McD Rahman Putra ngan rinto, gmie n amat.. Saje upload gmbo2 neh. Kira gmbr2 neh menceritakan apa yg berlaku 2-3 menjak ni.. *bajet lagi*


Peristiwa 1 :

Ni masa kat opis. Tetiba intan suh aku tangkap gmbar kura2 neh..nak tangkap gmbr kura2 main gitar xleh, sbb kura2 tu tangan dia pendek..so kura2 tu leh pandang n senyum je lah.. :p
Smpi ketua lah kura2 tu cmtu...hahaha..


SDC14960
SDC14964

SDC14960


Peristiwa 2 :

Ahha, kenduri rumah rinto..majlis cukur jambul anak buah dia..selamat la bukan cucu dia..klu x rinto dah patut berasa risau. Yelah, klu dah cucu, rinto neh dah berpangkat datuk la kan..tp dia x kawin lagi.. cane tuh..??

kawin cepat to..ahaks.. :)

IMG_0590

IMG_0646

IMG_0653

IMG_0691
" ini anak buah rinto..amacam?? "


Peristiwa 3 :

Yess, fun fair kembali lagi kat kg aku neh..kali ni dia buat kat Subang Bestari. Sepanjang aku hidup ni baru 3x aku masuk fun fair.. nama pun fun fair kan..so mmg fair sgt lah tuk org2 yg fun..kan..kan... Bawak anak2, budak2 ngan bini2 ok lah..eh??? bini2..jgn weih..lain jadinye kat funfair tu nanti..hahaha..

IMG_0618

IMG_0629

IMG_0620

IMG_0673


Peristiwa 4 :

Ini peristiwa paling best bagi aku minggu lepas..hahaha...main terjah je konvo org kat PICC. Masuk pun dah cuak2 jerk..Jalan2 kat Putrajaya smbil cuci tangan, lg pulak aku dah lama x menembak.. merasa aku masuk dlm PICC smbil tengok bebudak Masterskill neh konvo.. :)

IMG_0648

IMG_0693

IMG_0727

Settle peristiwa yg berlaku masa 2-3 menjak neh..so, blog ni akan di update semula selepas sebulan..muahahahha...yeaahhhh, HAPPY selalu k.

18 September 2010

| Kembara Raya Bebudak Gading |

Assalamualaikum,

Yeahh.mase beraye kah? mesti2..mood raya masih ada and masih terlalu awal utk masuk ke mood bekerja kan..kan..tp apakan daya, aku isnin lepas dah start keje..haha..almaklumlah, sesorg yg berdedikasi dan sentiasa bersemangat tuk bekerja.. (bajet dan sgt2 poyo ayat itu).

Yeahh, ari ni ade kembara raya..mari beraya kerumah kawan2..Disebabkan ari ni pun dah masuk raya ke-9, semua kawan2 yg balik ke kg dah pun pulang ke rumah masing2..dan aku ni yg xde kg, mmg mengharapkan mereka ni balik cepat2..hahaa..sbb leh raya sama2..

Disebabkan nak beraya, ia bermaksud berjumpa dan menziarahi..maka dgn secara tidak menggunakan manual, maksudnye automatik le, aktiviti makan smpi lebam pun bermula..so, pg td aku aku g jogging ngan cair n shahrul..haha..ini bagus tuk perut masa aktiviti beraya nanti..tp aku x jogging pun..hahaha..diorg je yg jogging..aku g kejar lebah..muaahha..nak tgk gmbr lebah tu ade kat blog budak neh..

Semua dah set nak kumpul umah aku kul 1230tghari..So, umh aku lah jd rumah yg per......tama. Ok, sorang2 datang..paling awal datang cair, pastu pojie diikuti ngan rinto..x lama lps tu dtg pulak shahrul, sheeda ngan cik jah..Borak punye borak ayie pun smpi..dan akhir sekali murin..tp murin ni x follow kami pun g beraya, sbb umah dia ada mak mertua nak dtg..almaklumlah, ni pengantin baru neh..hehehe..

Orite, kembara bermula dengan menuju ke rumah norizan di kg paya jaras dalam. Kat rumah dia nih, klu raya je mesti menu dia terbaek..td je ada roti goreng pastu kene pulak nasi ngan tomyam..wallaweii, terbaek dr ladang gandum lah..sluuurrpppp..hahaha...

IMG_0621

IMG_0604

Ok, dah kenyang bagai..kami gerak ke rumah pn.linda dan suaminya sarizan..rumah diorg ni aku dah dtg mase kamis lepas..so ni kali ke2 lah ni aku beraya..hehee..ape salahnya, raya kan..pedehal..standart lah klu kaum hawa ni dah berjumpa..sok..sek..sok..sek...maksud aku bukan berleter le, berbuallah..lama kot diorg ni x jumpe..

IMG_0628

IMG_0631

Lepas tu kami pun gerak menghala ke rawang. Kali ni kami nak serbu rumah pengantin baru yakni pasangan jabal dan sumaiyah. Sampai2 je kat umh diorg ni, ade pulak kamal..menu yg ada tu, dia lah chefnye..bagus mal..ko pun nak kawin dah tu..hehehe...

IMG_0641

Jam kat tangan dah pun pukul 6.00ptg..perghh, laju sungguh masa itu bergerak..so, kami pun gerak ke rumah murin yg terletak di Saujana Country Resort. Mamat ni pun pengantin baru ni..wahh, kan main ramai seh kawan2 aku yg sambut raya ngan org rumah tuk pertama kalinya..hehehe..Dah sampai umh dia neh, kene lah makan kan..nasi tomato tu..tp sbb perut pun dah penuh..aku amik sikit je wat rasa..eh, lupo lak nak gtau, masa raya umah murin ni, shahrin pun datang..

IMG_0668

Ok, ni rumah yg terakhir tuk ari ni..rumah shahrin..mak ngan bapak dia neh mmg sporting..habes kau shahrin kene bahan..kene bahan ngan aku xpe lagi..ni kene bahan ngan mak..hahha..kau mmg seorg anak yg manja..bagus2..manja itu cute..muahahaha... (mase tulis ayat ni aku tgh tumbuk muke sendiri).Mmg sedap mee goreng, chicken wing ngan sushi dr singapore tu..habis sudah kene mkan..hehehe..settle je mkan g main bunga api...muahaha..sempat lg tuh..

IMG_0593 (2)

So, maknanya..maknanya..maknanya...kembara aku ngan kawan2 aku ni pun berakhir tuk ari ni..esok nak berehat..sbb ari ni dah sumbat bermacam2 makanan dlm perut..Pepun, thanks diucapkan pada kawan2 sume..selamat beraya lagi tuk tahun 2011, insyallah..

p/s - bile nak g umh rambo, ezry ngan umi ni weeihhh..?

10 September 2010

| Beraya Di Rumah Pak Najib |


Assalamualaikum,

Beraya sakan sungguh ye x..tahun ni aku cm tahun2 yg lepas jugak..beraya kat Sg Buloh..sbb ni lah kg aku..mne de kg lain dah..tggu aku kawin nnti, ha barulah ade kampung..hahaha..

Hari ni mmg aku dah plan ngan rinto n gmie nak beraya kat rumah perdana menteri kita kat putrajaya. Lepas je solat Jumaat td, kami pun gerak gi Putrajaya..Hualoh, agak kesesatan jalan disitu..sbb x tau kat mne rumah terbuka perdana menteri ni. Sampaikan ada 1 family ni tanye kami mne rumah terbuka tu..haha..

Dah lama sangat ni pusing2 je kat depan masjid neh..Alih2, kami decide naik bas sudeh..sbb mmg ade bas khas yg bawa rombongan2 ke rumah terbuka tu. Hekeleh, kan senang dari td naik bas je ye tak..xde lah susah2 pusing2 cari. Mmg ramai lah yg nak pergi ke rumah terbuka menteri ni..aku dah pelik, apahal lah diorg ni x balik kg..xde kg ke ape..hahaha...mungkin diorg tu pun sama cam aku kot..ye lah tu..kg key ell..hahaha..

SDC14730

Sampai je ape lagi kan..mesti lah turun dr bas..xkan nak naik bas tu pusing2 putrajaya kot. Ini bukan bas yg dalam zoo negara tu..Kami sampai pun dah nak petang dah..tp masyallah, umat manusia kan main ramai lagi..aku dr luar dah terbau sate neh...yahaaaa...sate..sate..ekeke..

SDC14728

Standart lah kan, klu rumah terbuka menteri nih, mmg lah ramai yg datang..so jgn meletakkan harapan terlalu tinggi tuk makan makanan seperti dirumah. Makanan mmg banyak tp habis..kalau x habis pun dah cam ala2 jerk..kualiti makanan pun jadi kurang..mne yg boleh makan, aku makan..hahaha..rezeki la katakan..

SDC14683

Aku cme amik nasi goreng je..gmie lak aku nmpk makan roti boom kot..try hallu2 rinto tgk ape hasil dia dapat..tu dia mamu..SATEE!!! hahahaha...sangat cantek la tuh..mg terbaek dr ladang..mase makan tu rinto pun buat sesi mari bercerita..tajuknya 'Secucuk Sate di Hari Raya'..haaha..

SDC14688

Pepun, ko mmg terbaek dr ladang jagung tuan mee..dapat menyauk sate2 ni dr jatuh ke tangan2 yg buas..keadaan jgn ckp lah, mmg padat, mampat, sedap..eh??? haha..makanan meh..Nak balik tu kena lah tunggu bas yg kami naik td..sbb kereta td kami tinggalkan kat depan masjid putrajaya. Rinto ni aku tgk kan main xcited bebenor dpt naik bas..ape ntah..sebelum tu bergambar le dulu ye sbg jejak kedatangan kami kat sini..hehhe..

SDC14705

SDC14726

SDC14675

SDC14732

Perut pun dah kenyang, balik sudah..tp sebelum balik, kami singgah jap kat The Mines sbb aku nak pergi kedai kamera...kamera aku ni dah weng2 dah..hehehe..Lepas je settle keje2 menginterview pengusaha2 kedai kamera kat situ, kami pun gerak ke Gombak..Erk?? apahal ke gombak..sbb nak g umah nanim..skang kan raya..lupe ke..??haha..

So, ni lah dia cerita raya pertama aku di Sg Buloh.. raya kedua, ketiga, keempat dan seterusnya malas nak cite..hahaha... :p

Iklan Bergambar !