Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

13 June 2010

| Demam Panas World Cup 2010 |

Salam semua,

Demam bola telah kembali lagi. Mana taknya, sekarang ni sibuk diperkatakan tentang bola...dimana-mana sahaja. Aku pun x terkecuali juga untuk melihatnya walaupun aku ni bukanlah seorang peminat bola yang tegar. Piala Dunia FIFA 2010 telah dimulakan dan untuk kali ini, negara Afrika menjadi tuan rumah. Sedikit info untuk semua berkenaan FIFA yang dipetik dari Incik Wikipedia.
'Logo Rasmi Piala FIFA 2010'
Piala Dunia FIFA (selalu dipanggil sebagai Piala Dunia bola sepak atau lebih senang dikenali sebagai Piala Dunia adalah pertandingan yang paling penting dalam bola sepak antarabangsa. Ia dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Federation Internationale de Football Association (FIFA)), organisasi yang mentadbir sukan berkenaan dan ia dipertandingkan oleh pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan lelaki dari kalangan negara-negara ahli FIFA. Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sejak 1930 (kecuali dalam tahun 1942 dan 1946 disebabkan oleh Perang Dunia ke-II). Walau bagaimanapun, ia lebih merupakan acara yang sentiasa berjalan kerana pertandingan kelayakan mengambil masa tiga tahun di antara pusingan-pusingan akhir.

Fasa pertandingan akhir (biasanya dipanggil sebagai pusingan akhir) melibatkan 32 pasukan kebangsaan yang bertanding selama empat minggu di negara tuan rumah yang dicalonkan, yang mana pertandingan ini merupakan pertandingan yang paling ramai penontonnya di dunia.[1] Dalam 17 pertandingan yang telah diadakan, hanya tujuh negara sahaja yang pernah memenangi pusingan akhir Piala Dunia iaitu Brazil adalah pemegang terkini, juga merupakan pasukan yang paling berjaya dalam Piala Dunia telah memenangi Piala Dunia sebanyak lima kali, diikuti Itali dengan empat dan Jerman dengan tiga. Pusingan akhir Piala Dunia yang berikutnya bakal berlangsung di Afrika Selatan dari 11 Jun hingga 11 Julai, 2010.

# Piala Dunia FIFA <----- :="" klik="" lanjut="" lebih="" span="" tau="" untuk="" ye..="">

'Perlawanan Mengikut Kumpulan'
'Piala Yg Menjadi Rebutan'
Woopss, aku sokong mana? hahaha...Disebabkan aku ni bukanlah penyokong tegar mana2 negara tetapi dalam sanubari aku ni pilihan untuk menang Piala Dunia 2010 ni mungkin German atau Sepanyol. Pepun tengoklah keputusan akhirnya nanti ye.
'Pilihan aku..hehhe...yg mana erk agak2 leh pegi final?'
p/s - Sekarang ni SUKMA tengah berlangsung di MelakaYipiee.. ^_^

No comments:

Iklan Bergambar !