Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

22 July 2010

|Tengok Cerita Mantra|

Salam semua,
Baru sebentar td aku habis tgk cerita Mantra. Disebabkan aku masuk pun dah lewat 10 minit, maka cerita aku bermula pada babak dimana Muzir (Zul Handy Black) telah berada di dalam penjara. Dalam pawagam td pun aku leh kira bpe org je yg tengok..Di dalam penjara, Muzir menuntut ilimu hitam daripada Embahsura yang bakal menemui ajalnya. Tapi ilmu itu tidak sempurna kerana dinding penjara telah dipagar dengan ayat2 suci Al-Quran.
Muzir telah meminta pertolongan daripada Pak longnya untuk memadamkan ayat2 suci itu. Pak longnya yang terdesak kerana isterinya yang menghidap penyakit ganjil telah bersetuju dan dengan balasannya, Muzir mesti mengubati penyakit isterinya.

Untuk tujuan itu, beberapa syarat perlu dipenuhi oleh Pak long Muzir. Pertama, memadamkan ayat2 suci yang terdapat di dinding penjara. Keduanya, menyediakan 3 hidangan untuk disembahkan kepada penjaga ilmu hitam. Dan yang ketiganya, mengambil tali pengikat di bahagaian kepala mayat perempuan yang mati melahirkan anak sulung mengunakan gigi.Pelbagai kejadian seram berlaku selepas itu. Dan peringatan......filem ini penuh dengan adegan seram dan suspens. Untuk anak2 kecil memang agak kurang sesuai. Lagi satu, banyak sangat scene yang menunjukkan ulat2 dan ular......yang boleh buat kita rasa geli sesangat.

Adegan bogel?? eh, jadahnya..Aku x amik port pun pasal adegan bogel membogel dlm cite tu..tu lain hal.heehe.ilmu hitam ni mmg merbahaya lah..walaupn terpaksa, jgn lah guna dan belajar ilmu2 cmni..baek g belajar sains komputer ke, sains sukan ke, main gitar ke..hehhe..
Ada beberapa yg aku ckp psl cite neh...malas nak tulis cam karangan..aku buat numbering je lah ye..
1. Babak dalam penjara pudu dimana Paklong (Hamdan) memadamkan kalimah al-quran itu sgt mencuakkan aku..
2. Mantra yg dibaca tu mmg mantra yg asal.. (aku balik pun leh terngiang2 lg kat telinga..)
3. Yang berbogel hanyalah Muzir, xde pun Ani (Ana Dahlia) bogel..berkemban ade lah..berkemban tu bogel ke?
4. Saat paklong kene buka ikatan tali pengikat mayat dlm kubur..tetiba mata mayat tu terbuka..perghh..
5. Dah ada adegan cam street fighter pulak bila MUzir ngan Hasbi (Hasnul Rahmat) bergaduh..
6. Releks je isteri paklong mati lepas kena ngan Pak Aji (Bob Lokman) ats bantal..leh ade bantal lak situ..
Ape pun, klu korng nak tau lebih lanjut, g tengok kat wayang atau beli dvd yg ORIGINAL ye..

12 July 2010

| Pengakhiran World Cup FIFA 2010 |

Salam,

Yooohoohoooo...menarik tertarik Spain mmg daboommm..hahaha..suka sungguh. Mana taknya, apa yg aku jangka dari awal world cup ari tuh smpi lah skang ni menjadi nyata..sbb antara 2 negara yg aku jangka akan ke final, satu menjadi realiti dan telah JUARA.

Malam final world cup aku, amat, rinto n gmie menonton di Dataran Merdeka. Balik je dr Putrajaya, minum di Shah Alam dan terus ke Sg Buloh letak kereta amat n rinto, terus ke dataran dgn jentera gmie..Aku sbnrnya dah agak mengantuk dan penat tp kuatkan lah jgk diri demi Sepanyol..hahaha..

Malam td mmg terbaek kat dataran. Penuh tu..x caya tnya kami yg pegi neh..Ramai giles manusia.Perghh, smpikan aku rse ni klu tgk kat taqwa corner pun ok..hahaha..tp apa pun, mmg meriah lah dengan acara pembukaan oleh satu kumpulan yg menari dgn iringan lagu waka waka..best tu..

Lama jgk lah game mlm td, dua2 kuat..tp akhirnya Belanda terpaksa menerima kenyataan bahawa Piala World Cup 2010 bukan milik mereka. Sepanyol yg menang dengan jaringan oleh Andres Iniesta pada masa tambahan yakni 1-0.

Akhirnya, demam piala dunia sudah abess..so, tidur jge menjadi normal..hahaha.. ^_^
Nah, antara gambar2 yg aku sempat snap sebelum dan semasa xtvt bola berjalan.











p/s : berjumpa kita insyallah 2014 di Brazil..bajet je cm g sna..muahahaha..adios.

11 July 2010

| Mantra : Serunya...Pengabdian Syaitan |

Salam,

Aku x cm x sabar nak tunggu 15hb ni..kenapa aku tak sabar? yelah, cerita Mantra akan kuar tarikh tu..nape aku tertarik? sbb last aku g tgk wayang cerita lagenda budak setan, mse iklan2 tu kan dia kuar filem2 yg akan kuar kan, so preview filem mantra ni telah menarik diri aku uk melihatnya..

Apekah cerita mantra neh?

Secara ringkasnya filem seram ini berkaitan penggunaan ilmu hitam untuk tujuan dendam dan kepentingan diri sendiri. Memang itupun sebenarnya tujuan orang dok sibuk nak guna ilmu hitam, tak ada untuk tujuan kebaikan pun.

Kisah bermula dengan mana Muzir lakonan Zul Handyblack telah dianiaya oleh Hasbi, watak yang dipegang oleh Hasnul Rahmat demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir iaitu Mariam yang dipegang oleh Mas Muharni. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.
Di dalam penjara, Muzir berjaya pulak mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah.
Namun pada masa yang sama ‘kunci’ tersebut akhirnya terlepas setelah mendapat pertolongan daripada lseorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir.
Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya.
Selepas itu bermulalah episod pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.

Ni aku tepek sekali preview dlm youtube :
Mantra juga di katakan merupakan filem pertama dan terakhir memaparkan Penjara Pudu sebagai lokasi sebelum ia dirobohkan. Selepas ni dah tak boleh tengok dah penjara pudu.
Filem selama 86 minit ini diterbitkan oleh MIG Production Sdn. Bhd. ini dan diarahkan oleh Azhari Mohd Zain serta dibintangi oleh 3 pelakon utama iaitu Zul Handyblack, Hasnul Rahmat dan Mas Muharni.
Mari ramai2 kita ke pawagam 15 Julai 2010.. Yeahhh..!!

07 July 2010

| World Cup FIFA 2010 @ i-City |

Salam,

hohoho...betapa seronok bila melihat Spain mengalahkan Germany dengan 1-0. Ohh, tetibe jerk kan..hahaha..xde lah, mlm smlm aku, rinto, amat ngan jai menonton world cup 2010 separuh akhir antara Spain dan Germany kat i-City, Shah Alam.

Apa yg aku nmpk la kan, ramai jgk org tgk bola kat sini tp apa yg aku rasa kureng sikit ialah screen ngan sound dia..herm..beza ngan kat dataran merdeka.

"inilah dia screen beso itu.."


"ini penyokong jerman yg sedang gundah gelana"


"penyokong Spain ini sudah mula hip hip horeyy.."


"cium logo itu smpi lebam bibir"


"jgn tangkap, huhuhu..."


"mereka mula berperang walaupun bola telah habis.."

p/s - Final kemana erk..adakah mahu menonton di i-City tau di Dataran Merdeka???

04 July 2010

| World Cup FIFA 2010 @ Dataran Merdeka |

Salam..

Fuhh..lama gilak x update..hehehe...ayat2 standart untuk pembukaan kata2 dalam penulisan blog. hahaha...tapi seyes, aku tersangat sibuk. Balik je dari opis mmg ade je xtvt aku nak buat smpi tgh mlm even skang ni aku tgh sibuk..sibuk menaip dan mengingat kembali kejadian2 lepas..ahaks..

Ha, baru aku igt..aku nak update cite pasal world cup FIFA 2010. Kat entry yg lepas, aku telah cuba2 menjadi tok batin yg boleh meramal tentang team mana yg bakal ke final kan.kan...kira antara team yg aku suka..aku dah terasa salah satu feveret team aku akan ke final..hahaha..suke..suke..dan suke..dan sgt2 suke dgn kekalahan Argentina. Yela, ada sahabat aku ni sangat lah berkokok2 mengatakan...

"korang gelak2 lah..nnti Argentina menang lawan Jerman, aku menari2 kat dataran merdeka tu..."

"ha, ape dia amat..ko nak menari2 kat dataran merdeka ye..dimana janji2 mu itu..hehehhe..batang hidung pun x nampak..adakah ko dah tau yg team ko akan kalah..??" hehehehe...

Kalau dilihat la kan, ini lah dia yg dinamakan demam bola..membe sokong team ni dan kalah, memang kene bahan punya..tu mmg adat penyokong2 bola neh..br lah dikatakan semangat..muahahaha..semangat la sngat.. Malam yg lepas, aku, jai, gmie n rinto g dataran merdeka tuk melihat sendiri semarakkan semangat FIFA 2010 antara perlawanan Argentina dan Jerman. Fuhh, mmg beso gile babas screen dia..pueh ati lah tgk..ramai pulak tu..best dan meriah sungguh..Kemeriahan makin menjadi2 bila game habis dgn kemenangan berpihak pada negara Jerman, 4-0 beb..ahaks..

So korang, mana pulak destinasi tuk tengok final world cup? Adakah Spain akan pergi atau Jerman yg akan pergi..? Kita tengok ramai2 ari rabu ni jam 2.30pg. Adioss... ^_^

Sedikit gambar untuk kamu..kamu..dan kamu...

"ini t-shirt bukan sebarang t-shirt tau..ade mesej disitu.."


"konsert ape ntah kat situ"


"rinto, jai ngan gmie bersedia nak edar cermin mata"


"antara penyokong2 argentina dan jerman"


"bersantai spt di pantai.."


"cubelah sikap tu diubah..huhuhu..aduhai rakyat Malaysia.. :( "


"muke2 hampa akibat kekalahan.."


"penyokong2 jerman yg sgt happy selepas kemenangan keatas argentina.."


"dah cam artis org2 Jerman yg duk kat Malaysia neh.."


"Meh fight..hahaha..Spain bakal berjmpe Germany.."


"Logo kebanggan jai..."


"hohohoho....hoyeee...spain menang !!!"

p/s - fuhh..aku mengharapkan spain ke final ...^_^

Iklan Bergambar !