Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

11 July 2010

| Mantra : Serunya...Pengabdian Syaitan |

Salam,

Aku x cm x sabar nak tunggu 15hb ni..kenapa aku tak sabar? yelah, cerita Mantra akan kuar tarikh tu..nape aku tertarik? sbb last aku g tgk wayang cerita lagenda budak setan, mse iklan2 tu kan dia kuar filem2 yg akan kuar kan, so preview filem mantra ni telah menarik diri aku uk melihatnya..

Apekah cerita mantra neh?

Secara ringkasnya filem seram ini berkaitan penggunaan ilmu hitam untuk tujuan dendam dan kepentingan diri sendiri. Memang itupun sebenarnya tujuan orang dok sibuk nak guna ilmu hitam, tak ada untuk tujuan kebaikan pun.

Kisah bermula dengan mana Muzir lakonan Zul Handyblack telah dianiaya oleh Hasbi, watak yang dipegang oleh Hasnul Rahmat demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir iaitu Mariam yang dipegang oleh Mas Muharni. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.
Di dalam penjara, Muzir berjaya pulak mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah.
Namun pada masa yang sama ‘kunci’ tersebut akhirnya terlepas setelah mendapat pertolongan daripada lseorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir.
Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya.
Selepas itu bermulalah episod pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.

Ni aku tepek sekali preview dlm youtube :
Mantra juga di katakan merupakan filem pertama dan terakhir memaparkan Penjara Pudu sebagai lokasi sebelum ia dirobohkan. Selepas ni dah tak boleh tengok dah penjara pudu.
Filem selama 86 minit ini diterbitkan oleh MIG Production Sdn. Bhd. ini dan diarahkan oleh Azhari Mohd Zain serta dibintangi oleh 3 pelakon utama iaitu Zul Handyblack, Hasnul Rahmat dan Mas Muharni.
Mari ramai2 kita ke pawagam 15 Julai 2010.. Yeahhh..!!

2 comments:

MiszJamal said...

crita ni berhatu dowh.. nnti masuk panggung jgn lupa bawak surah yasin yeee

Moque ^_^ said...

nape ko ckp cmtu?perghh...buat aku seram sejuk memalam neh..

Iklan Bergambar !