Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

22 July 2010

|Tengok Cerita Mantra|

Salam semua,
Baru sebentar td aku habis tgk cerita Mantra. Disebabkan aku masuk pun dah lewat 10 minit, maka cerita aku bermula pada babak dimana Muzir (Zul Handy Black) telah berada di dalam penjara. Dalam pawagam td pun aku leh kira bpe org je yg tengok..Di dalam penjara, Muzir menuntut ilimu hitam daripada Embahsura yang bakal menemui ajalnya. Tapi ilmu itu tidak sempurna kerana dinding penjara telah dipagar dengan ayat2 suci Al-Quran.
Muzir telah meminta pertolongan daripada Pak longnya untuk memadamkan ayat2 suci itu. Pak longnya yang terdesak kerana isterinya yang menghidap penyakit ganjil telah bersetuju dan dengan balasannya, Muzir mesti mengubati penyakit isterinya.

Untuk tujuan itu, beberapa syarat perlu dipenuhi oleh Pak long Muzir. Pertama, memadamkan ayat2 suci yang terdapat di dinding penjara. Keduanya, menyediakan 3 hidangan untuk disembahkan kepada penjaga ilmu hitam. Dan yang ketiganya, mengambil tali pengikat di bahagaian kepala mayat perempuan yang mati melahirkan anak sulung mengunakan gigi.Pelbagai kejadian seram berlaku selepas itu. Dan peringatan......filem ini penuh dengan adegan seram dan suspens. Untuk anak2 kecil memang agak kurang sesuai. Lagi satu, banyak sangat scene yang menunjukkan ulat2 dan ular......yang boleh buat kita rasa geli sesangat.

Adegan bogel?? eh, jadahnya..Aku x amik port pun pasal adegan bogel membogel dlm cite tu..tu lain hal.heehe.ilmu hitam ni mmg merbahaya lah..walaupn terpaksa, jgn lah guna dan belajar ilmu2 cmni..baek g belajar sains komputer ke, sains sukan ke, main gitar ke..hehhe..
Ada beberapa yg aku ckp psl cite neh...malas nak tulis cam karangan..aku buat numbering je lah ye..
1. Babak dalam penjara pudu dimana Paklong (Hamdan) memadamkan kalimah al-quran itu sgt mencuakkan aku..
2. Mantra yg dibaca tu mmg mantra yg asal.. (aku balik pun leh terngiang2 lg kat telinga..)
3. Yang berbogel hanyalah Muzir, xde pun Ani (Ana Dahlia) bogel..berkemban ade lah..berkemban tu bogel ke?
4. Saat paklong kene buka ikatan tali pengikat mayat dlm kubur..tetiba mata mayat tu terbuka..perghh..
5. Dah ada adegan cam street fighter pulak bila MUzir ngan Hasbi (Hasnul Rahmat) bergaduh..
6. Releks je isteri paklong mati lepas kena ngan Pak Aji (Bob Lokman) ats bantal..leh ade bantal lak situ..
Ape pun, klu korng nak tau lebih lanjut, g tengok kat wayang atau beli dvd yg ORIGINAL ye..

No comments:

Iklan Bergambar !