Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

04 August 2010

| Mari Tengok CUCI The Musical 2 |

Salam semua,

Akhirnya semalam tertunai jugak hajat sahabat aku ni (gmie) nak menonton teater. Kena pulak skang tengah hangat panas cam pisang...pisang..gooreng yg dlm kuali, teater Cuci The Musical 2. Pertama kali aku, rinto dan watak utama kami ari ni, gmie melangkah masuk ke Istana Budaya (IB)..Disebabkan kami ni x penah masuk, so kene lah survey dulu kan. Ibarat masuk kandang rimau mengaum, masuk kandang kambing, mengembek..xde lah main terjah..rpenye masuk ke IB neh agaklah tidak sama spt korang nak pegi tgk wayang..hahaha..Nak tau ape dia punye peraturan..klik kat sini.

Teater mula jam 830 mlm. So, kami smpi dlm kul 8. Kitorang g collect tiket kat kaunter pastu terus naik ke atas. Opss, mesti nak tau bpe hengget tiket kami kan..ofcoz lah yg paling mahal..bajet jerk kan..yg paling murah lah..RM50..hehehe..dah tau seat kat mne..paling atas dan yg last sekali..hahaha..

Nak dipendekkan cerita neh sbb aku malas nak menulis..teater ni mmg superb..gereti korang x kering gusi ngan gigi nak gelak jerk..lawak x habis2..hahaha....Tp sayangnya, aku bawa kamera tp x tangkap gambar..huhuhu..

Apepun korang, teater ni smpi ari isnin minggu depan jerk..Pegilah beli tiket skang..nak beli tiket, boleh beli dari ticket2u.biz yang harga bermula RM30 je hingga RM190. Ni susun atur seat dengan harga tiket. Tapi rasanya tiket cam dah nak habis..wakakakaka..

Papepun korang, GL (gudluck)...HHH...(HaHaHa)...

--------------------------------------------------

Laman web rasmi Cuci The Musical

SINOPSIS

CUCI THE MUSICAL berkisahkan tentang empat orang beradik, FAIRIL (Afdlin Shauki), KHAI (Hans Isaac), JOJO (Awie) dan C’ Tan (Nabil) yang menjalankan sebuah perniagaan ‘Cuci-Cuci Services’ sebuah syarikat kecil yang mengendalikan perkhidmatan mencuci tingkap – dengan harapan agar satu hari syarikat mereka menjadi antara yang terbaik dan diberi peluang untuk memberi perkhidmatan kepada Menara Berkembar Petronas, KLCC.

Harapan mereka menjadi kenyataan apabila ‘Cuci-Cuci Services’ telah dijemput untuk memasuki pertandingan mencuci tingkap Olimpik (WWO – Window Washing Olympics), sebuah pertandingan yang di selenggara oleh Citi Jasmin atau lebih dikenali sebagai CJ (Vanida Imran) – yang akan memberi perjanjian tersebut kepada pemenang.

Kebetulan pula, juara bertahan WWO adalah ‘Wira Maju’ sebuah syarikat yang dimiliki oleh teman lelaki CJ, iaitu WIRA (Harith Iskandar). Sementara itu, bapa CJ, iaitu Tan Sri (Ramli Hassan) memerhati tingkah laku CJ dengan teliti kerana khuatir anak perempuannya mungkin tidak membuat pilihan yang tepat dengan mengambil WIRA sebagai pasangan hidupnya. Hubungan antara Khai dan CJ bertambah mesra apabila mereka mula menyukai antara satu sama lain dan pada masa yang sama pembantu peribadi CJ, Farah (Jaclyn Victor) pula jatuh hati pada JOJO.

Lalui suka duka, tawa dan tangisan, cinta dan kesedihan perjalanan empat beradik ini.untuk mencapai impian mereka. Diikuti dengan musik dan lagu yang dialun bersama lirik dan melodi yang tidak dapat dilupakan oleh DOUGLAS LIM dan Pacai (@ DR SYED AHMAD FAIZAL AL-ATTAS), CUCI THE MUSICAL mengisahkan tentang empat beradik yang mengharungi segala kesukaran untuk merealisasi impian mereka akan pasti menambat hati dan jiwa para penonton.

No comments:

Iklan Bergambar !