Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

30 August 2010

| Selamat Hari Kemerdekaan ke-53 |

Assalamualaikum,

31 Ogos 1957, jam 9.30pg..terdengar suara yang amat kuat memecah keheningan suasana pagi yg aman.

Merdeka !!! Merdeka !!! Merdeka !!! Laungan ini diulang sebanyak 7x diikuti dengan azan tanda syukur atas nikmat yang diberikan kepada kita. Kemudian bendera Malaysia dinaikkan serentak dengan lagu Negaraku. Alhamdulillah, rakyat di tanah melayu telah diberikan hak mereka. Hak untuk merdeka. Itulah jasa Tunku Abd Rahman dan juga Dato Onn Jaafar. Mereka berdua telah bersusah payah untuk menyatukan orang melayu pada masa itu.

sumber :
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman
- http://en.wikipedia.org/wiki/Hari_Merdeka
- 1957-Hati Malaya


***********************

Serius aku xde gantung bendera kat motor. Aku juga xde ikut perarakan kejap lagi. Aku tak pergi tengok percikan bunga api. Andai semua tu aku x buat..Adakah aku x merdeka??? hahaha..

Beberapa jam sahaja lagi, kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 53 tahun. Aku bersyukur pada Allah atas kurniaan kemerdekaan ini(semoga ianya terus berkekalan,Aminn...). Berterima kasih pada pejuang yang ternama dan tidak bernama yang mendapatkan kemerdekaan ini.

Generasi pasca merdeka perlu membaca sejarah yang benar tentang kemerdekaan ini. Bukan sekadar menjerit2 menyebut 'merdeka', bukan sekadar mengibarkan2 bendera jalur gemilang kebanggaan semua, tp ketahuilah apakah erti kemerdekaan dlm diri kita.

Merdekakah kita?

No comments:

Iklan Bergambar !