Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

22 August 2010

| Zaman Di PSA : Dalam Kelas DPR |

Salam semua,

Ahhah, bersambung lg dlm siri Zaman Di PSA. Ceh, dah macam siri bercakap dengan jin la pulak..kalau Tamar Jalis tgk ni..sure dia pun nak buat zaman2 sekolah dia gak neh.hehe..yelah, dulu2 mana ada komputer neh..mesin taip yg hak bunyi tap..tap..tap..tap..bila menaip..pergh, aku x dapat bayangkan zaman dulu kala menaip tgh2 malam buta. Mau jiran menyebelah hangin satu badan..Aku dah melalut banyak dah ni..ok.ok..

Ni aku nak cerita pulak masa dalam bilik kuliah..Aku tak tau lah hari yg keberapa dah aku duk kat poli neh..yelah kan, masa tu berjalan melampau2 cepatnya. Dalam kelas aku ni ada 35 orang. Kalau dipecahkan kepada lelaki dan perempuan la kan, dia jadi 7 lelaki ngan 28 perempuan.

Memang sah lah, populasi lelaki dalam dunia ni mmg sikit berbanding dengan perempuan.Tengok je lah dalam kelas aku ni..hhuhuhu..Wahai mereka yang diluar, jangan lah korang suka suki membuang bayi. Tengoklah keadaan skang ni. Kuantiti kita dah semakin sikit, korang g buang2 lagi anak korang.huhhh..!! (nada marah ni...)

Standart lah erk, bila dlm kelas ni..dengan kawan2 baru, macam2 kelakuan pelik dan aneh yg ada..hehe..xde la aneh pun, kira mcm2 karakter..budak2 baru nak meningkat remaja lah katakan..hahaha..masa tu aku duduk sbelah apiz. Stail kedudukan dlm kelas ni pulak dua2..napa lah x duduk tiga2 ke, empat2 ke..kan dan kantoi membe aku sorang..lelaki kan ganjil..terpakso lah dia duk sorang..

Dah la duk sorang2, mulut x hengat jgk mamat ni bising dia..hahaha..aku pggil da keneq..rpenye dia ni satu kg ngan aku..masa ni aku nakal sikit, xde la byk pun..keje nak membahan org jerk..yelah, keje tetap belum ada lagi, kan tgh belajar..hahaha..

Tengah duk sibuk dgn kerja2 membahan ni, pensyarah pun masuk.

"Assalamualaikum semua, saya pensyarah untuk kelas kamu bagi semester ini. Boleh panggil saya Pn. Zalina."..

Ha, tu dia..pensyarah kelas kami. Kalau kat sekolah dipanggil guru kelas la kan. Lepas bagi taklimat perkenalkan diri masing2..mula lah sesi untuk ...

"Ok, semua dah kenalkan diri masing2..dah kenal rakan2 sebelah..sekarang masa untuk melantik jawatankuasa kelas. Sila beri cadangan untuk wakil kelas kamu"..kata Pn. Zalina.

Masing2 senyap membisu jerk, siap pandang kawan2, siap tunjuk2 lagi..hehe..aku pun sama jugak..nak membahan org je nih..aku pun cuba membuat pasukan komplot untuk melantik keneq jadi kami punya wakil kelas..Tiba2...

"Saya mencadangkan Mohd Rizal puan..", tetibe jerk keneq bersuara sambil senyum2 sumbing pandang aku..

"Ok, ada siapa2 setuju?", kata pn.zalina..

Sup..supp..supp...sorang2 angkat tangan..kesudahannya, yg aku tgk..semua yg ada dlm kelas tu angkat tangan kecuali aku..apekejadahnya ni..Bila masa lak diorg ni berkomplot dgn keneq neh..muka keneq masa tu aku tgk dah gelak2 dah..ampess ko keneq erk..ko kenakan aku ye..

"Baiklah, disebabkan semua dah angkat tangan tanda setuju, dengan ini secara rasminya mohd rizal akan jadi wakil kelas kamu. Berikan sokongan yg padu dan jitu pada rizal ye. Semoga dia menjadi pemimpin yg berwibawa dan contoh kepada semua..", kata puan zalina.. (okay, kata2 terakhir tu aku tipu..)

Nah ko, tulah..niat x berapa betul..nak kenakan orang, aku balik yg kena..kesilapan aku kat sini ialah lambat membuat keputusan dan bertindak..ceh, ampess keneq..apapun, dengan tugas yg diberikan walaupun sebagai wakil kelas, ia mengajar aku bagaimana untuk menjadi ketua dan memimpin, yg kadang2 tugas tu bg kita tension stress bagai..huhu..macamna la perdana menteri kita erk, lagilah..menjadi pemimpin untuk rakyat Malaysia. Perghh, satu tugas yg amat2 besar.

Eh, lupa lak..Disebabkan aku ni wakil kelas la kan..haha..dah menjadi tanggungjawab aku kenal dengan anak2 buah ye x..hahha..ni lah dia kwan2 aku yg akan bersama selama 3 tahun dalam kelas DPR.

Tapi gambar kat bawah ni masa last sem kat poli, mase tahun 2005.

Barisan Belakang :
Wak Zaki, Sheda, Airin, Tiem, Lizawati, Peanut, Ana, Kak Ieza, Irnaliza, Azila, Apiz.
Barisan Tengah :
aku, Tina, Hyda, Daisy, Chey Ling, Amie, Ena, Bai, Betty, Farah, Ct, Din, Amai.
Barisan Depan:
Izyanti, Syakirah, Zue, Syu, Mira, Pn. Juliyanti, Amy, Kiah, Mas, Wan.
Tiada dalam gambar ni :
Keneq ngan Wani.

p/s : aku sengaja xnak letak gmbr keneq..hahaha..puas ati aku..!!

No comments:

Iklan Bergambar !