Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

22 November 2010

| Lirik : Baik - Baik Sayang - Wali Band |

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku


Dengarkan lagunya disini.



Khas ditujukan buat Cik Lynn di Simpang Bekoh, Melaka. :)

| Mendaki Bukit Broga |

Salam,

Hari minggu yang penuh dgn aktiviti. Hari Sabtu yg lepas, aku, amran, taro selamat jua mendaki Bukit Broga di Semenyih. Kalau diikutkan ramai lg yang nak pegi, tp disebabkan keadaan yg tak mengizinkan, hanya kami bertiga yang pergi. Ini adalah kali ke-2 aku kesana.

Perjalanan bermula seawal pagi pada jam 5pg. Dengan bantuan gps Amran, kami sampai juga ke kaki Bukit Broga. Jam menunjukkan pukul 6pg. Sampai je tempat parking, kami lihat dah penuh dah. Ramai juga yg naik walaupn cuaca malam tu hujan lebat.

Dengan berbekalkan torchlight, kami memulakan pendakian. Jangan risau sekiranya anda tidk membawa lampu suluh kerana disana terdapat gerai yg menjual lampu suluh. Hanya RM5 shj.

Trek pagi ni agak licin disebabkan hujan. Maka kami pun berjalan dengan berhati2. Trek agak landai pd permulaan pendakian. Semakin untuk sampai ke puncak semakin pacak pula. Disebabkan mendaki dalam gelap, maka trek x berapa nampak sgt pacaknya. Kalau x psiko juga tu.

Tips kalau mendaki ni kalau aku, aku akan tgk bawah je smbil jalan slow2. Tak perlu nak berlari2. Tapi, jgnlah tgk bawah je, kang kalau ada ranting pokok yang rendah, tak pasal2 je langgar. Sesekali tgk juga depan.

Kami sampai dipuncak yang pertama jam 7 pagi. Memang dah ramai kat atas. Untuk sampai ke puncak ini, trek dia agak mencanak. Tapi jgn risau, dah ada tangga buatan. So, mudah sikit untuk mendaki. Dekat sini pun dah start beratur..hahahha..ok lah kan, leh ambil nafas sikit.

Kami lepak kat atas puncak dalam sejam kot. Tangkap gambar aper yg patut. Lebih kurang pukul 8.30pg, kami pun turun.











Pepun, ini aku sediakan guide tuk sape2 yang belum pernah lagi pergi ke Bukit Broga.

Untuk drive kesana :

1. Senang ikut SILK. Apa SILK? Highway la.. Kasi ni map. (credit to http://www.manmeng.net/blog/2009/02/26/travel-broga-hill/)

2. Kalau nampak Universiti Nottingham tu, terus je sampai korang nampak deretan kereta tgh parking kat kiri kanan jalan.

3. Berhadapan dengan ladang arnab sebelah kanan.

Untuk mendaki pula :

1. Pakai kasut. Kalau terer pakai la selipar. Sapa tah ajar naik bukit pakai selipar ha? Nak mampos? Pakai Croc pun ok.

2. Bawak air kalau tanak kekeringan diatas bukit. Atas tu takde 7E mahupun mapley.

3. Sampah sila kutip balik. Jangan mengada buang botol/tin air atas bukit tu. Sapa ajar kau buang sampah merata? Kata panjat bukit nak menikmati keindahan alam. Pastu buang sampah. Kau ni bodoh ke ape?

4. Kalau nak tengok sunset, bawa lampu suluh. Nanti turun gelap nak mampus tak nampak apa. Bahaya dowh.

5. Kasi stamina la sikit sebelum pegi. Ini bukan bukit memain. Tinggi dowh. 1 jam punya hiking. Kau ingat sekejap ke? Lain lah naik helikopter.

6. Makan dulu sebelum mendaki. Takde tenaga kang nak mendaki.

7. Jangan cakap besar dalam hutan/semak. Nanti kene lempang.

8. Kalau hisap rokok jangan buang putung rokok yang still menyaler. Mau terbakar pula bukit tu.

9. Bawa apa yang patut saja. Tak perlu bawa mak nenek komputer semua naik atas tu.

10. Kalau jenis manja sangat tak tahan nyamuk, pakai la insect repellant.

So, sape2 yang belum cuba mendaki, try lah mendaki Bukit Broga. Bawak kamera ya. Permandangannya sangat indah.

18 November 2010

| Tinggal Kepala ? |

Salam semua,

Camne ngan raya korang hari ni..? Banyak ke rumah korang pegi ziarah? eh, igt raya puasa je ke leh ziarah knjung berkunjungan ni..raya haji pun boleh meh..padahal bila2 pun boleh tp sbb cuti raya ni lain sikit..hehehe..menu tuk hidang org dtg pun lain..x sama ngan hari2 biasa..ade ke org ari biasa hidang rendang ngan ketupat..xde kan..kan..kan..

Macam aku dah cerita kat entri yg lepas, kat kawasan aku korban kuda ada dlm 4 ekor..kuda sgt..lombu je pun..So nak dijadikan cerita, kakak aku yg duk kat Felda Soeharto tu dtg..sekali bawak kepalo lombu ngan kaki lombu da..aku saje je letak tajuk cmtu..muahahaha...ape pun ini cerita pasal kepala lembu..

Cane nak settle kepalo lombu tu weeeiii...aku x penah lapah kepalo lombu..kepalo somut tu ponah la..errkkk, apahal aku tulis dlm bahasa Negeri Sombilan ni...erkk, lg sekali...hahahha..

Ini info yg abg ipar aku gtau, kat kepala lembu ni ade la dekat 5kg daging dia..wow!! hehehe..dan klu boleh sume nak amik..dr otak, lidah n ape ntah lg td..nak kasi settle 1 kepala lembut tu pun dah amik masa 3 jam..perghhh..barai bai..

Tup2 settle je melapah kepala lembu td, sup tulang pun siap..hehehe..apa lagi, bacaan doa selamat pun dimulai oleh abg ipar aku..dan...apo laie..MAKANNNN....!!!

Hamek ni gambo kepala lombu kene lapah..ganas tul diorg ni..huhuhu...


'2 abg ipar aku ni tgh sronok melapah kepala lembu ni'



'lembu tu senget ke atau korang yg senget? hahha..'



'peminat2 kepala lembu sedang menunggu hasil..dah cm vampire..'



'dlm besen hijo tu adalah lidah lembu'



'tu je yg tinggal'



'bahagian rahang lembu..tu gigi dia..
cube kopak kepala manusia pulak tgk..ade bran ke..? hehe..

17 November 2010

| Salam Aidil Adha 1431 H |

Salam tuk semua,

Ahha, hari ni hari ape..? Ya, hari ni ari cuti..hari ni hari Rabu..dan yg penting sekali hari ni semua umat Islam menyambut Hari Raya AidilAdha. Untuk pertama kalinya aku dan keluarga beraya di penempatan baru. Yolah, aku kan baru pindah. Td pun baru balik dr sembelih lembu. Kat area umah aku ni ade 4 ekor lembu yg telah dijadikan korban. Alhamdulillah..

Ape pun, tuk korang sume..selamat bercuti, selamat berehat, selamat berkunjung-kunjungan dan.....

dari aku moque sekeluarga.. :)

03 November 2010

| Cuci Rumah kat Saujana |

Salam 1 Malaysia,

Minggu ni aku last menjadi penduduk di Taman Sri Buloh. Minggu depan aku ngan keluarga akan berpindah ke Sg Buloh Country Resort (SBCR) yang terletak di Saujana Utama. Sayang rsenye nak pindah ni. Dah hampir 3 tahun aku ngan family duk Tmn Sri Buloh. Nak buat cane kan, owner nak jual rumah tu. Aku ni cme menyewa je..Insyallah, tahun depan aku try beli rumah. Yang murah pun xpe la kan..janji x jadi cam kaum Nomad.hehehe..

Semalam aku, adik ngan kakak aku g cuci rumah tu. Oklah, x sampai 3 jam pun settle satu rumah tu kami cuci. So far, keadaan rumah ok. Cuma kat belakang tu bersemak sikit. Bukan sikit, byk sbnrnye..hehe..Nak kene potong rumput tu. Nantilah, dah pindah masuk aku g cari tukang potong rumput tu.

Ni pun aku tgh kemas barang2 kat bilik aku neh..Apahal lah byk lak brg2 ni..herm..

Ada sape2 nak tolong angkat barang rumah aku mase aku pindah nanti...?? hehehe..

Layan gambar sikit mase mencuci.. :)


Gambar 1 : Keadaan dlm rumah.




Gambar 2 : Kakak aku ngan anak dia.


Gambar 3 : Pandangan dari depan rumah.


Gambar 4 : Abg ipar ngan anak dia.(nadia)

Iklan Bergambar !