Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

22 November 2010

| Mendaki Bukit Broga |

Salam,

Hari minggu yang penuh dgn aktiviti. Hari Sabtu yg lepas, aku, amran, taro selamat jua mendaki Bukit Broga di Semenyih. Kalau diikutkan ramai lg yang nak pegi, tp disebabkan keadaan yg tak mengizinkan, hanya kami bertiga yang pergi. Ini adalah kali ke-2 aku kesana.

Perjalanan bermula seawal pagi pada jam 5pg. Dengan bantuan gps Amran, kami sampai juga ke kaki Bukit Broga. Jam menunjukkan pukul 6pg. Sampai je tempat parking, kami lihat dah penuh dah. Ramai juga yg naik walaupn cuaca malam tu hujan lebat.

Dengan berbekalkan torchlight, kami memulakan pendakian. Jangan risau sekiranya anda tidk membawa lampu suluh kerana disana terdapat gerai yg menjual lampu suluh. Hanya RM5 shj.

Trek pagi ni agak licin disebabkan hujan. Maka kami pun berjalan dengan berhati2. Trek agak landai pd permulaan pendakian. Semakin untuk sampai ke puncak semakin pacak pula. Disebabkan mendaki dalam gelap, maka trek x berapa nampak sgt pacaknya. Kalau x psiko juga tu.

Tips kalau mendaki ni kalau aku, aku akan tgk bawah je smbil jalan slow2. Tak perlu nak berlari2. Tapi, jgnlah tgk bawah je, kang kalau ada ranting pokok yang rendah, tak pasal2 je langgar. Sesekali tgk juga depan.

Kami sampai dipuncak yang pertama jam 7 pagi. Memang dah ramai kat atas. Untuk sampai ke puncak ini, trek dia agak mencanak. Tapi jgn risau, dah ada tangga buatan. So, mudah sikit untuk mendaki. Dekat sini pun dah start beratur..hahahha..ok lah kan, leh ambil nafas sikit.

Kami lepak kat atas puncak dalam sejam kot. Tangkap gambar aper yg patut. Lebih kurang pukul 8.30pg, kami pun turun.











Pepun, ini aku sediakan guide tuk sape2 yang belum pernah lagi pergi ke Bukit Broga.

Untuk drive kesana :

1. Senang ikut SILK. Apa SILK? Highway la.. Kasi ni map. (credit to http://www.manmeng.net/blog/2009/02/26/travel-broga-hill/)

2. Kalau nampak Universiti Nottingham tu, terus je sampai korang nampak deretan kereta tgh parking kat kiri kanan jalan.

3. Berhadapan dengan ladang arnab sebelah kanan.

Untuk mendaki pula :

1. Pakai kasut. Kalau terer pakai la selipar. Sapa tah ajar naik bukit pakai selipar ha? Nak mampos? Pakai Croc pun ok.

2. Bawak air kalau tanak kekeringan diatas bukit. Atas tu takde 7E mahupun mapley.

3. Sampah sila kutip balik. Jangan mengada buang botol/tin air atas bukit tu. Sapa ajar kau buang sampah merata? Kata panjat bukit nak menikmati keindahan alam. Pastu buang sampah. Kau ni bodoh ke ape?

4. Kalau nak tengok sunset, bawa lampu suluh. Nanti turun gelap nak mampus tak nampak apa. Bahaya dowh.

5. Kasi stamina la sikit sebelum pegi. Ini bukan bukit memain. Tinggi dowh. 1 jam punya hiking. Kau ingat sekejap ke? Lain lah naik helikopter.

6. Makan dulu sebelum mendaki. Takde tenaga kang nak mendaki.

7. Jangan cakap besar dalam hutan/semak. Nanti kene lempang.

8. Kalau hisap rokok jangan buang putung rokok yang still menyaler. Mau terbakar pula bukit tu.

9. Bawa apa yang patut saja. Tak perlu bawa mak nenek komputer semua naik atas tu.

10. Kalau jenis manja sangat tak tahan nyamuk, pakai la insect repellant.

So, sape2 yang belum cuba mendaki, try lah mendaki Bukit Broga. Bawak kamera ya. Permandangannya sangat indah.

2 comments:

haffizmohdnoor said...

wah, bestnyerrr!!! nak pegi jugaklah.

RoseSecret87 said...

ahad ni mybe pegi.. thx 4 tips.

Iklan Bergambar !