Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

31 December 2010

2010 ke 2011 | Blogspot ke Wordpress

Assalamualaikum semua,

Wahh, ramai jugak yang sekarang ni tgh duduk depan tv bersama keluarga, lepak dataran merdeka atau putrajaya ataupun klcc dgn kawan2 atau pun lg yg dah dlm bilik sedang berdengkur.. Apa pun, hari ini adalah hari terakhir untuk tahun masihi 2010. Lagi satu jam kira semua akan masuk ke tahun baru 2011. Sudah banyak suka duka sepanjang tahun 2010 ini. Ia jua menambahkan lagi pengalaman dlm hidup.

Apa yang telah dilakukan oleh kita sepanjang tahun ini?

Malam ni aku tak keluar kemana2 untuk menyambut ambang tahun 2011. Hanya duduk depan tv melihat cerita Ironman. Sekarang ni pulak aku dah dalam bilik sambil menaip dan apabila aku menaip, otak aku berfikir laju mengingatkan perkara2 yang telah berlaku sepanjang hidup aku dari 1/1/2010 sehinggalah hari ni 31/12/2010.

Apa yang aku harapkan adalah agar tahun 2011 yang bakal tiba ni akan memberikan pada aku, keluarga aku, sahabat2 aku dan seluruhnya lebih baik daripada tahun 2010. Ambil ikhtibar dan pengajaran atas apa yg telah berlaku dan jadikan ia sbg peringatan dan panduan untuk menempuh kehidupan di masa akan datang.

Bermula 1/1/2011, blog aku ni yang menggunakan blogspot akan aku tutup. Selepas ni aku akan menggunakan perkhidmatan wordpress pula. Proses mengeksport kesemua post2 aku telah dibuat ke ' mohdrizalyusop.wordpress.com '. Terima kasih untuk Blogger.Com atas selama perkhidmatannya selama ini. Telah banyak pembaharuan yang telah dilakukan.

Selamat tinggal Blogspot dan selamat datang Wordpress. ^_^


Pada korang semua, aku ucapkan ..


SELAMAT TAHUN BARU 2011

Semoga impian dan azam yang telah dibuat akan tercapai.
Assalamualaikum. ^_^

Iklan Bergambar !