Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

24 December 2012

Seminggu Ini

Erm...seminggu ni aku rasa semacam hubungan aku ngn cik lynn. Panas je. Kejap ok kejap tak ok.
"Yang ko pulak bila malam je nak tido. Kau tak tau ke yg skang ni tunang ko tu perlukan perhatian ko. Dia dah la jauh.. Jarang lak berjumpa. Bawak2 la bagi masa ngn dia. Dia bukan sapa2 pun. Tunang ko jgk. Bakal isteri ko nnti. Yang bakal jaga ko nnti. Haeh.. Rizal...Rizal...bawak2 lah sedar..."
#bermonolog

28 October 2012

Jalan-Jalan Yusop Man Sekeluarga.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, semalam majlis berjalan lancar. Lepas je majlis aku ngn keluarga bergerak ke Bandar Melaka. Abg ipar aku tak ikut, satu keuarga Almaklumlah, masih ada 2 hari aku disini. Perghh, jalan jem dah mcm ape je. Sabar je lah.

Alang2 dah smpi Melaka, kono lah bawak keluarga jalan2 kan. Bila lagi nak bwk diorg ni jalan2. Asyik aku je yg jalan2 kat Melaka ni. So tempat yg dituju sudah semestinya Dataran Pahlawan. Seronok le anak buah aku dpt naik Menara Taming Sari, dpt nak beca. Sekali ngan kakak aku tu feeling2 zaman bercinta.Bagus jugak cmtu, mengeratkan lagi hubungan diorg.






Kami gerak dari Bandar Melaka pun dah petang, so dr Melaka kami gerak menuju ke Negeri Sembilan melalui jalan lama. Esok ari Ahad, so igt nak ke Port Dickson pulak. Dah, satu hal aku nak kene cari chalet. Fuh, cari punya cari dapatlah chalet kat Pengkalan Balak. Masa tu dah 10 malam. Alhamdulillah.

Esoknya pagi2 lagi dah bangun. Anak buah aku ni excited sgt. Nak mandi laut atenye. Ok, so lps je breakfast, kami semua checkout dari chalet dan terus ke Port Dickson. Tak jauh pun, lebih kurang 1 jam smpi dah. Maka, feel2 laut pun mula smpi. Apa lagi, mandiiiiii time. ;)

Seronok dpt berkumpul ngn family cmni. Kalau tak, masa raya je lah dpt kumpul. Keluarga dah la x ramai. Ini je lah yg ada. Semoga kehidupan seluruh keluarga ini diberkati. Amin. :)









09 October 2012

Sakit Kembali Lagi

Assalamualaikum semua,

Untuk kesekian kali nya sakit kaki aku menyerang balik. Dah lama tak sakit tiba2 sakit balik. Last sakit awal tahun ari tu kot. Lepas je bapak amat urut, ok dah. Ni datang balik. Sakit memang sakit la. Terasa mencucuk kat tapak kaki, atas kaki ngan pergelangan antara buku lali kiri ngn kanan. 

Ahad lepas bangun pagi aku dah terasa kesengalan tapi buat bodo je. Bila malam lepas Maghrib je dah rasa sakit. Tapi aku keluar jugak sbb nak jumpa Rinto amik laptop. Nak balik je bangun dari kerusi terus aku tak boleh nak pijak. Kaki kiri aku sakit gile. Selamat boleh bawak kereta lagi. 

Balik tu aku singgah kejap kat Restoran Maju Ahmad nak layan EPL. Amat ada gtau yg kat Uptown Kota Damansara ada tukang urut. Dia selalu mengurut kat situ. So aku pun ajak lah pegi cna sbb minggu ni aku sangat sibuk ngan keje. 

Jalan dah bersepah dah ni. Kul 1pagi dah ni. Harap buka lagi. Sampai sana dia suh rendam dulu kaki dalam air yg dicampur dengan garam bukit. Pastu bro tu check kaki aku. Saranan dia buat bekam dulu baru urut. Sekali bekam darah dar. Dah la aku tak penah buat. Nak sembuh punya pasal aku pun buat lah. 

'Macam2 urut dan bekam ada'

'Sedang mengepam'

'Upacara bekam darah dijalankan'

'Darah kotor yang keluar'
Lepas buat bekam tu baru bro tu urut kaki aku ni. Perghh, urut ni x lah sakit sangat macam kene urut ngan makcik zali ngan bapak amat.  Bro tu cakap urat kaki kiri aku ni melintang. Camne boleh jadi cmtu pun dia pelik. Ini dinamakan kes terpencil. Sebelah kanan ok je urat dia. Aku pun rasa beza urat kaki kanan ngan kaki kiri aku ni.

Settle je urut leh lepak dulu sbb amat ngan rinto layan bola. Kul 3 jgk la baru aku smpi umah. Thanks sahabatku, Rinto & Amat yg sudi teman aku g urut. Dari dulu kalau aku sakit diorg yg teman. Terima kasih banyak bro. 

Sampai umah aku pun tido. Tak larat dah nak jalan. Kaki sakit sangat. Esok pagi aku bangun nah amik kau, tak boleh jalan. Terus aku wasap sepul gtau aku x dapat datang keje. Petang tu adik aku balik baru g klinik sebab kereta aku takleh nak drive dah. Doktor pun taktau aku sakit apa kat kaki tu. Dia suh buat ujian darah, tapi nanti lah aku buat.

Sian Cik Lynn, x habis2 tanya kaki aku cmne. Dah ok ke x. Risau sgt dia kat aku ni. Insyallah, esok harap ok dah kaki ni. Kawan2 pun ada yg bagi cadangan suh rendam dalam air panas, goreng garam kasar pastu tuam kat kaki. Korang memang best. Thanks sangat2.

Tengok lah esok pagi camne keadaan kaki ni. Esok kena pegi Putrajaya lak. Huhuhu..

19 August 2012

Salam Aidilfitri Semua

Assalamualaikum semua,

Disini aku ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir & Batin' buat semua yg mengenali den dan juga semua pembaca 'Blog Kisah Demi Kisah' ini.


20 July 2012

Salam Ramadhan 1433H

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kita semua masih bernafas dan diberikan peluang untuk bertemu dengan bulan ramadhan lagi. Sabtu ni 21 Julai 2012 adalah hari pertama kita semua akan menunaikan ibadah puasa bagi 1433H .

Salam Ramadhan untuk semua. Dengan rendah hati ingin aku memohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan sepanjang kalian mengenali aku. Lantaran aku hanya manusia biasa, tak mampu lari dari salah dan silap.. Moga aku mampu memperoleh kemaaafan dari kalian.. Bersama-sama kita mencari redha dan kasih sayang Allah.. Semoga rahmat Ilahi senantiasa memayungi kehidupan kita.. InsyaAllah.. Amin..

13 March 2012

MY SAGA FL | 5th Servis 20,000km

Assalamualaikum,

Tup tup dah nak masuk servis kali ke-5 robot biru den ni. Sepatutnya servis ini dibuat pada kadar 20,000km tp la ni den tgk mileage dah cecah 27,314km. Apadehal ye x, boleh lagi bawak sebenarnya, tapi habis la enjin tu kang. Den ni gheti bawak je, tak reti nak repair2 neh.

Kali ni den g servis kat SC baru. Terletak di Taman Subang Perdana. Nine Ninety Sdn Bhd namanya. Mula2 tech situ kata major servis dah buat ni, so kasi tukar minyak hitam ngan oil filter sudah, tp klu ikutkan major servis ni aku belum buat lagi. Hermm..so aku amik keputusan buat major servis.

Aarrr ni dia benda yg kena tukar :

1. Minyak hitam - RM103
2. Gasket Drain Plug - RM3.60
3. Oil filter - RM 12.30
4. Spark Plug - RM38
5. Coolant - RM48
6. FUel filter - RM37.60
7. Manual oil 75W-85-BLM - RM111.75
8. Brake flui - RM18
9. Workshop Sundries - RM3.90
10. Labour - RM 120
11. Mentol brek - RM3.10
12. Sevice Tax - RM6.60

Dapatlah diskaun RM10. So total semua sekali aku kono kat SC neh RM495.85. Perghhhh, kopak seh..hahaha..lepas ni buat kat luar je lah. Jumlah ni melebihi apa yang dianggarkan sebelum ni. Nak buat cmno, teghima jo lah.

Nine Ninety Sdn Bhd.
3, Jalan SP 4/2, Taman Subang Perdana
Kg. Subang, 40150 Shah Alam. Selangor
Tel : 03-78591670


08 January 2012

MY SAGA FL | Robot Biru

Bismillahirrahmanirrahim,

Baru ni den nak tepek robot biru ni. Lama dah kot. Sejak penyerahan kunci dulu sampai sekarang, baru ni lah den shoot yg ok sikit. Sian dia, body belakang sebelah kiri dah kemek. Bergesel ngan kereta orang. La ni pun dah bercalar balar. Huhuhu.. Nanti den pi polish, wax kasi basuh bersih2 ye.

Berkebun di Sg. Panjang

Bismillahirrahmanirrahim,

Pagi-pagi lagi dah bangun sebab nak ke Felda Soeharto. Umah kak long den kat sana tu. Lebih kurang 1 jam jugak lah nak ke sana melalui jalan lama kuala selangor > batang berjuntai > felda sg tengi. Tau jelah jalan ke felda ni. Jauh masuk ke dalam tu.

Sampai je kat umah kono gi Sg. Panjang. Parit berapa den tak ingat lak. Kak den ado buat rumah kat sana. Jalan nak kesana melalui jalan lama agak beralun2. Kereta dah macam naik kuda bak kata anak buah den. Kalau ikut jalan ni, ada satu2 je kedai makan. Nama kedai tu Selera Rimba. Memang agak popular jugak kedai ni. Makanan dia pun boleh tahan jugak. Aku pernah makan kat sini sekali. Tu pun abg ipar aku banje..Memang layan.

Sampai je kat umah tu, hari dah meninggi. Matahari dah duk atas kepala. Acane nak berkebun. Hehehe..Tapi bila aku tengok dah banyak tanaman yang ditanam. Tanah pun luas lagi lepas buat rumah. Mana taknya, tanah beli 2lot dgn harga RM18k. Murahkan...huhuhu.. Mak aku memang seronok lah kalau dtg sini. Semua nak ditanamnya.




*anak buah den (nadia aka yaya)*



*Rumah berbentuk topi kebun*



Angin pun sepoi2 bahasa walaupun cuaca panas. Rumah ni masih tak masuk letrik ngan air. Tingkap pun belum pasang lagi. Abg ipar ngan akak aku suh mak ngan bapak aku duk situ. Tapi ntah, ikut diorg lah nak duduk sana ke tak. Lagipun anak2 semua dah besar kot. Suasana kat sana kampung. So, cam best je..

Alang2 dah kat sana, aku ngan anak buah aku pi jalan2 sekitar kampung. Jalan punya jalan sampai kat Kg Haji Dorani. Sebelah kawasan kelapa sawit, sebelah lg terbentang sawah padi. Hijau je..Sayangnya, tengah panas terik ni, malas aku nak pasang tripod shoot gambar..Terasa rugi lak. Haehh.. View memang cantik beb. Layan landskap memang best.

Dalam kul 3ptg, gerak balik umah akak aku kat Felda Soeharto. Lepas pekena cempedak goreng + sate + teh o panas, den sekeluarga pun gerak balik ke Saujana Utama.

p/s : asal dtg sini je pon tertinggal..haehh.. *sigh*

05 January 2012

Melawat Muhammad Haziq Nasuha Bin Muhammad Heikal

Bismillahirrahmanirrahim,

Semalam memang dah planning nak pi umah Heikal, nak lawat anak dia yang dah lama lahir. Lama tak lama jugak lah. Bulan 10 tahun lepas kot lahirnya. Tak susah nak cari umah dia ni. Sebab tuan empunya rumah yang tunjuk jalan. Apedehal, setakat Cheras tu, tempat bermain jer..

Bukan den sorang jo yang pergi. Den siap ada pengawal2 lagi tu. Ado Akmal, Nanim ngan Mila. Minta2 diorang ni tak baca blog den ni. Kalau tak masak wooo...Perrghhhh!!

Alorh2, comei nye Haziq ni. Ko memang tak berubah kan perangai kal. Hadoyai..Tak lama lepak2, borak2, Aadrian pun sampai. Tapi sekejap je lah dia ni sebab nak pi jumpo Dennis lak. Bincang pasal business, projek juta2 beb..Aminn...

Adolah sekepim dua den snap gambo Haziq ni. Layankan jelah.




Keluar je dari rumah Heikal, kami singgah sekejap kat cafe tempat Aadrian ngan Dennis lepak. Yolah, lama tak jumpa Dennis ni. Borak2 sikit pastu terus balik. Mata dah berat kot. Esok bukan hari Sabtu pun, kono kojo meh...Adioss, selamat malam.

03 January 2012

Pulang Ke TMS

Bismillahirrahmanirrahim,

Alorh, alorh, alorh.. Buka je sesi persekolahan untuk tahun 2012 aku pun kembali ke ofis TMS. Sepanjang tahun lepas (2011) aku merantau ke ofis client di Bukit Kiara yakni Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Akhirnya, aku kembali.

Ceh, macam lah setahun tak masuk opis TMS. Padahal tiap2 hari Jumaat den kono masuk TMS. Hahaha..Ini semua SPS puncanya. SPS? Malas nak tulis balik. Kalau nak baca boleh refer kat sini. Kontrak untuk support SPS di BTP dah tamat. So apa lagi, konolah balik TMS. Dah la TMS ni dah tak macam dulu lagi. Sorang2 berhenti kerja. Baguslah masing2 dah dapat kerja yang lebih bagus. Den doakan kalian maju jaya ditempat baru.

Bagi den cuma suasana dah tak macam dulu lah. Kerja tetap cam biasa je. Orang bagi kerja kita buat. Adalah dekat 10 orang kawan2 den yang nak berhenti. Hai, sunyilah nanti opis tu. Apo nak buek, hadap jo lah...

01 January 2012

WELCOME 2012


Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, telah masuknya kita semua ke tahun 2012. Dengan ini dengan segala hormatnya 2011 perlu mengundurkan dirinya. Dengan itu juga kembalinya aku ke blogspot. Ibarat lembing awang pulang ke dayang. Eh? Apahal pulak. Takde kene mengene pun..

Sambut tahun baru? Ceh, buat penat je nak pi dataran merdeka ke, the curve ke semata2 nak tengok bunga api. Time ni orang sibuk terjerit2 tengok bunga api, den ngan rakan2 KBKcrew sibuk duk tengok bola kat mapley. Yelah, baru habis main badminton kot. Layan bola lagi best.. Hahahha..

Apapun, sempena tahun baru ni la kan, den ucapkan Selamat Datang Tahun 2012. Kebaboomm...

p/s : Insyallah, tahun ni nak kawin lah..doakan aku erk.. ^_^

Iklan Bergambar !