Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

08 January 2012

MY SAGA FL | Robot Biru

Bismillahirrahmanirrahim,

Baru ni den nak tepek robot biru ni. Lama dah kot. Sejak penyerahan kunci dulu sampai sekarang, baru ni lah den shoot yg ok sikit. Sian dia, body belakang sebelah kiri dah kemek. Bergesel ngan kereta orang. La ni pun dah bercalar balar. Huhuhu.. Nanti den pi polish, wax kasi basuh bersih2 ye.

Berkebun di Sg. Panjang

Bismillahirrahmanirrahim,

Pagi-pagi lagi dah bangun sebab nak ke Felda Soeharto. Umah kak long den kat sana tu. Lebih kurang 1 jam jugak lah nak ke sana melalui jalan lama kuala selangor > batang berjuntai > felda sg tengi. Tau jelah jalan ke felda ni. Jauh masuk ke dalam tu.

Sampai je kat umah kono gi Sg. Panjang. Parit berapa den tak ingat lak. Kak den ado buat rumah kat sana. Jalan nak kesana melalui jalan lama agak beralun2. Kereta dah macam naik kuda bak kata anak buah den. Kalau ikut jalan ni, ada satu2 je kedai makan. Nama kedai tu Selera Rimba. Memang agak popular jugak kedai ni. Makanan dia pun boleh tahan jugak. Aku pernah makan kat sini sekali. Tu pun abg ipar aku banje..Memang layan.

Sampai je kat umah tu, hari dah meninggi. Matahari dah duk atas kepala. Acane nak berkebun. Hehehe..Tapi bila aku tengok dah banyak tanaman yang ditanam. Tanah pun luas lagi lepas buat rumah. Mana taknya, tanah beli 2lot dgn harga RM18k. Murahkan...huhuhu.. Mak aku memang seronok lah kalau dtg sini. Semua nak ditanamnya.




*anak buah den (nadia aka yaya)*



*Rumah berbentuk topi kebun*



Angin pun sepoi2 bahasa walaupun cuaca panas. Rumah ni masih tak masuk letrik ngan air. Tingkap pun belum pasang lagi. Abg ipar ngan akak aku suh mak ngan bapak aku duk situ. Tapi ntah, ikut diorg lah nak duduk sana ke tak. Lagipun anak2 semua dah besar kot. Suasana kat sana kampung. So, cam best je..

Alang2 dah kat sana, aku ngan anak buah aku pi jalan2 sekitar kampung. Jalan punya jalan sampai kat Kg Haji Dorani. Sebelah kawasan kelapa sawit, sebelah lg terbentang sawah padi. Hijau je..Sayangnya, tengah panas terik ni, malas aku nak pasang tripod shoot gambar..Terasa rugi lak. Haehh.. View memang cantik beb. Layan landskap memang best.

Dalam kul 3ptg, gerak balik umah akak aku kat Felda Soeharto. Lepas pekena cempedak goreng + sate + teh o panas, den sekeluarga pun gerak balik ke Saujana Utama.

p/s : asal dtg sini je pon tertinggal..haehh.. *sigh*

05 January 2012

Melawat Muhammad Haziq Nasuha Bin Muhammad Heikal

Bismillahirrahmanirrahim,

Semalam memang dah planning nak pi umah Heikal, nak lawat anak dia yang dah lama lahir. Lama tak lama jugak lah. Bulan 10 tahun lepas kot lahirnya. Tak susah nak cari umah dia ni. Sebab tuan empunya rumah yang tunjuk jalan. Apedehal, setakat Cheras tu, tempat bermain jer..

Bukan den sorang jo yang pergi. Den siap ada pengawal2 lagi tu. Ado Akmal, Nanim ngan Mila. Minta2 diorang ni tak baca blog den ni. Kalau tak masak wooo...Perrghhhh!!

Alorh2, comei nye Haziq ni. Ko memang tak berubah kan perangai kal. Hadoyai..Tak lama lepak2, borak2, Aadrian pun sampai. Tapi sekejap je lah dia ni sebab nak pi jumpo Dennis lak. Bincang pasal business, projek juta2 beb..Aminn...

Adolah sekepim dua den snap gambo Haziq ni. Layankan jelah.




Keluar je dari rumah Heikal, kami singgah sekejap kat cafe tempat Aadrian ngan Dennis lepak. Yolah, lama tak jumpa Dennis ni. Borak2 sikit pastu terus balik. Mata dah berat kot. Esok bukan hari Sabtu pun, kono kojo meh...Adioss, selamat malam.

03 January 2012

Pulang Ke TMS

Bismillahirrahmanirrahim,

Alorh, alorh, alorh.. Buka je sesi persekolahan untuk tahun 2012 aku pun kembali ke ofis TMS. Sepanjang tahun lepas (2011) aku merantau ke ofis client di Bukit Kiara yakni Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Akhirnya, aku kembali.

Ceh, macam lah setahun tak masuk opis TMS. Padahal tiap2 hari Jumaat den kono masuk TMS. Hahaha..Ini semua SPS puncanya. SPS? Malas nak tulis balik. Kalau nak baca boleh refer kat sini. Kontrak untuk support SPS di BTP dah tamat. So apa lagi, konolah balik TMS. Dah la TMS ni dah tak macam dulu lagi. Sorang2 berhenti kerja. Baguslah masing2 dah dapat kerja yang lebih bagus. Den doakan kalian maju jaya ditempat baru.

Bagi den cuma suasana dah tak macam dulu lah. Kerja tetap cam biasa je. Orang bagi kerja kita buat. Adalah dekat 10 orang kawan2 den yang nak berhenti. Hai, sunyilah nanti opis tu. Apo nak buek, hadap jo lah...

01 January 2012

WELCOME 2012


Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, telah masuknya kita semua ke tahun 2012. Dengan ini dengan segala hormatnya 2011 perlu mengundurkan dirinya. Dengan itu juga kembalinya aku ke blogspot. Ibarat lembing awang pulang ke dayang. Eh? Apahal pulak. Takde kene mengene pun..

Sambut tahun baru? Ceh, buat penat je nak pi dataran merdeka ke, the curve ke semata2 nak tengok bunga api. Time ni orang sibuk terjerit2 tengok bunga api, den ngan rakan2 KBKcrew sibuk duk tengok bola kat mapley. Yelah, baru habis main badminton kot. Layan bola lagi best.. Hahahha..

Apapun, sempena tahun baru ni la kan, den ucapkan Selamat Datang Tahun 2012. Kebaboomm...

p/s : Insyallah, tahun ni nak kawin lah..doakan aku erk.. ^_^

Iklan Bergambar !