Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

08 January 2012

Berkebun di Sg. Panjang

Bismillahirrahmanirrahim,

Pagi-pagi lagi dah bangun sebab nak ke Felda Soeharto. Umah kak long den kat sana tu. Lebih kurang 1 jam jugak lah nak ke sana melalui jalan lama kuala selangor > batang berjuntai > felda sg tengi. Tau jelah jalan ke felda ni. Jauh masuk ke dalam tu.

Sampai je kat umah kono gi Sg. Panjang. Parit berapa den tak ingat lak. Kak den ado buat rumah kat sana. Jalan nak kesana melalui jalan lama agak beralun2. Kereta dah macam naik kuda bak kata anak buah den. Kalau ikut jalan ni, ada satu2 je kedai makan. Nama kedai tu Selera Rimba. Memang agak popular jugak kedai ni. Makanan dia pun boleh tahan jugak. Aku pernah makan kat sini sekali. Tu pun abg ipar aku banje..Memang layan.

Sampai je kat umah tu, hari dah meninggi. Matahari dah duk atas kepala. Acane nak berkebun. Hehehe..Tapi bila aku tengok dah banyak tanaman yang ditanam. Tanah pun luas lagi lepas buat rumah. Mana taknya, tanah beli 2lot dgn harga RM18k. Murahkan...huhuhu.. Mak aku memang seronok lah kalau dtg sini. Semua nak ditanamnya.




*anak buah den (nadia aka yaya)*



*Rumah berbentuk topi kebun*



Angin pun sepoi2 bahasa walaupun cuaca panas. Rumah ni masih tak masuk letrik ngan air. Tingkap pun belum pasang lagi. Abg ipar ngan akak aku suh mak ngan bapak aku duk situ. Tapi ntah, ikut diorg lah nak duduk sana ke tak. Lagipun anak2 semua dah besar kot. Suasana kat sana kampung. So, cam best je..

Alang2 dah kat sana, aku ngan anak buah aku pi jalan2 sekitar kampung. Jalan punya jalan sampai kat Kg Haji Dorani. Sebelah kawasan kelapa sawit, sebelah lg terbentang sawah padi. Hijau je..Sayangnya, tengah panas terik ni, malas aku nak pasang tripod shoot gambar..Terasa rugi lak. Haehh.. View memang cantik beb. Layan landskap memang best.

Dalam kul 3ptg, gerak balik umah akak aku kat Felda Soeharto. Lepas pekena cempedak goreng + sate + teh o panas, den sekeluarga pun gerak balik ke Saujana Utama.

p/s : asal dtg sini je pon tertinggal..haehh.. *sigh*

No comments:

Iklan Bergambar !