Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

28 October 2012

Jalan-Jalan Yusop Man Sekeluarga.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, semalam majlis berjalan lancar. Lepas je majlis aku ngn keluarga bergerak ke Bandar Melaka. Abg ipar aku tak ikut, satu keuarga Almaklumlah, masih ada 2 hari aku disini. Perghh, jalan jem dah mcm ape je. Sabar je lah.

Alang2 dah smpi Melaka, kono lah bawak keluarga jalan2 kan. Bila lagi nak bwk diorg ni jalan2. Asyik aku je yg jalan2 kat Melaka ni. So tempat yg dituju sudah semestinya Dataran Pahlawan. Seronok le anak buah aku dpt naik Menara Taming Sari, dpt nak beca. Sekali ngan kakak aku tu feeling2 zaman bercinta.Bagus jugak cmtu, mengeratkan lagi hubungan diorg.






Kami gerak dari Bandar Melaka pun dah petang, so dr Melaka kami gerak menuju ke Negeri Sembilan melalui jalan lama. Esok ari Ahad, so igt nak ke Port Dickson pulak. Dah, satu hal aku nak kene cari chalet. Fuh, cari punya cari dapatlah chalet kat Pengkalan Balak. Masa tu dah 10 malam. Alhamdulillah.

Esoknya pagi2 lagi dah bangun. Anak buah aku ni excited sgt. Nak mandi laut atenye. Ok, so lps je breakfast, kami semua checkout dari chalet dan terus ke Port Dickson. Tak jauh pun, lebih kurang 1 jam smpi dah. Maka, feel2 laut pun mula smpi. Apa lagi, mandiiiiii time. ;)

Seronok dpt berkumpul ngn family cmni. Kalau tak, masa raya je lah dpt kumpul. Keluarga dah la x ramai. Ini je lah yg ada. Semoga kehidupan seluruh keluarga ini diberkati. Amin. :)









09 October 2012

Sakit Kembali Lagi

Assalamualaikum semua,

Untuk kesekian kali nya sakit kaki aku menyerang balik. Dah lama tak sakit tiba2 sakit balik. Last sakit awal tahun ari tu kot. Lepas je bapak amat urut, ok dah. Ni datang balik. Sakit memang sakit la. Terasa mencucuk kat tapak kaki, atas kaki ngan pergelangan antara buku lali kiri ngn kanan. 

Ahad lepas bangun pagi aku dah terasa kesengalan tapi buat bodo je. Bila malam lepas Maghrib je dah rasa sakit. Tapi aku keluar jugak sbb nak jumpa Rinto amik laptop. Nak balik je bangun dari kerusi terus aku tak boleh nak pijak. Kaki kiri aku sakit gile. Selamat boleh bawak kereta lagi. 

Balik tu aku singgah kejap kat Restoran Maju Ahmad nak layan EPL. Amat ada gtau yg kat Uptown Kota Damansara ada tukang urut. Dia selalu mengurut kat situ. So aku pun ajak lah pegi cna sbb minggu ni aku sangat sibuk ngan keje. 

Jalan dah bersepah dah ni. Kul 1pagi dah ni. Harap buka lagi. Sampai sana dia suh rendam dulu kaki dalam air yg dicampur dengan garam bukit. Pastu bro tu check kaki aku. Saranan dia buat bekam dulu baru urut. Sekali bekam darah dar. Dah la aku tak penah buat. Nak sembuh punya pasal aku pun buat lah. 

'Macam2 urut dan bekam ada'

'Sedang mengepam'

'Upacara bekam darah dijalankan'

'Darah kotor yang keluar'
Lepas buat bekam tu baru bro tu urut kaki aku ni. Perghh, urut ni x lah sakit sangat macam kene urut ngan makcik zali ngan bapak amat.  Bro tu cakap urat kaki kiri aku ni melintang. Camne boleh jadi cmtu pun dia pelik. Ini dinamakan kes terpencil. Sebelah kanan ok je urat dia. Aku pun rasa beza urat kaki kanan ngan kaki kiri aku ni.

Settle je urut leh lepak dulu sbb amat ngan rinto layan bola. Kul 3 jgk la baru aku smpi umah. Thanks sahabatku, Rinto & Amat yg sudi teman aku g urut. Dari dulu kalau aku sakit diorg yg teman. Terima kasih banyak bro. 

Sampai umah aku pun tido. Tak larat dah nak jalan. Kaki sakit sangat. Esok pagi aku bangun nah amik kau, tak boleh jalan. Terus aku wasap sepul gtau aku x dapat datang keje. Petang tu adik aku balik baru g klinik sebab kereta aku takleh nak drive dah. Doktor pun taktau aku sakit apa kat kaki tu. Dia suh buat ujian darah, tapi nanti lah aku buat.

Sian Cik Lynn, x habis2 tanya kaki aku cmne. Dah ok ke x. Risau sgt dia kat aku ni. Insyallah, esok harap ok dah kaki ni. Kawan2 pun ada yg bagi cadangan suh rendam dalam air panas, goreng garam kasar pastu tuam kat kaki. Korang memang best. Thanks sangat2.

Tengok lah esok pagi camne keadaan kaki ni. Esok kena pegi Putrajaya lak. Huhuhu..

Iklan Bergambar !