Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

01 December 2014

[MUSI TRIBOATTON 2014] - Seminggu di Sumatera Selatan

Assalamualaikum,

Bermula daripada 23-30 November 2014, aku dan Rinto and beberapa kenalan yg lain berada di Sumatera Selatan untuk acara Musi Triboatton 2014. Acara lumba yang menggabungkan Rafting, Kayak dan juga Perahu Naga.

Bergambar bersama di Bandara Sultan Mahmud Badaruddin II
Ini adalah antara pengalaman yang tak akan dilupakan. Pertama kali juga aku mewakili negara Brunei dan bukannya Malaysia untuk acara ini. Pelik tapi benar. Bagi aku acara ini dijalankan oleh pihak kementerian perlancongan Indonesia adalah bertujuan untuk mempromosikan Sungai Musi.

Sarapan pagi di Pagar Alam

Ladang Teh berlatarbelakang Gunung Dempo

Bersama anak-anak Tanjung Raya

Berehat selepas acara Rafting


Walaupun Sg Musi tidaklah bersih tetapi ia adalah suatu yang amat penting bagi penduduknya yang tinggal di pinggir sungai. Sungai itu juga yang menjadi tempat mereka mandi, buang air, membasuh dan sebagainya. Aku bersyukur kerana keadaan di Malaysia yg lebih baik dari segi kemudahan asas ini.

Tandas yang 'open air'

Inilah dunia mereka

Kepentingannya masih diperlukan

Merasa gulai Sekayu
Aku pelik dgn diri aku bila disana. Secara automatiknya pertuturan aku berubah bila berbual. Pak, pokoknya, makanya, gitu sih, yakan antara bahasa yg sering aku ucapkan. Hahahha..Apapun, aku dah mula rasa cinta dengan Indonesia. Mungkin disebabkan bahasa dan budaya lebih kurang sama seperti di Malaysia.

LO kami dihadapan ; Lutfi
Inilah antara memori dan pengalaman di tahun 2014 yang takkan dilupakan. Kegembiraan dan kesedihan sentiasa akan datang pada kita kan. Aku cuba membina kekuatan dalam diri walaupun kadang2 ia datang tak diduga. Bayangan lalu menerjah jika melihat sesuatu perkara yang pernah dibuat dahulu. 

'Rasa tak pernah pergi dan sepertinya takkan terganti' 

Cerita penuh ada di KamiBudakKampung.

16 November 2014

Mandi Hujan Di Bukit Saga

Assalamualaikum, 

Minggu ini aku dan Rinto mendaki lg iaitu di Bukit Saga yg terletak di Taman Saga, Ampang. Pagi yang indah. Ramai pendaki yang mula turun dan tak kurang juga yg mahu naik. Kami mula mendaki lebih kurang jam 10.00 pagi dan turun semula hampir jam 4.30 petang.







Turun daripada puncak hujan lebat selebat2nya. Tambah pula dgn guruh dan petir bagai. Huhuhu. Sejuk weih. Sempat kami bergambar sekejap di beirut laluan trail C. 



Cerita penuh ada dalam blog KamiBudakKampung. ;)

10 November 2014

Sakit Perut Di Bukit Tabur East

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, aku berjaya mendaki Bukit Tabur yang terletak di Taman Melawati. Walaupun aktiviti ini tak dirancang, berjaya jugak. Hanya aku dan Rinto sahaja yang pergi. Terima kasih Rinto sebab sudi teman kawan ko ni.



Sungguh tak best bila mendaki dengan perut yang sakit. Start dari bawah sampailah ke puncak aku menahan sakit perut. Nak membuang xde tempat. Air pun bawak 100+. Kalau air putih gagah la jgk. Seyes, pada yg nak mendaki tu, membuang lah dulu segalanya ye. Kalau tak menahan je lah.


Aku mula mendaki lebih kurang jam 9 pagi dan turun semula lebih kurang jam 12tghari. Trek yg menegak dan berbatu. Kena berhati2 kalau tak kebawah la peginya. Cerita penuh ada dalam blog KamiBudakKampung. :)

15 August 2014

Jiwa Melayang

Inikah takdirnya?
Inikah pengakhirannya?

Pelbagai bayangan dan memori lampau menusuk  ke dalam fikiran. Lidah tidak mampu menuturkan kata-kata. Otak menjadi kosong. Perasaan yang tak dapat digambar. Seperti dihiris-hiris.

Sabar, Redha, Pasrah.



07 July 2014

Rahman Palace BBQ Steamboat

Assalamualaikum, 

Lama tak cerita pasal makan2. Kena pulak bulan puasa ni kan. Memang banyak la jemputan2 dan kedai2 yang penuh. Maklumlah, rakyat Malaysia ni kalau datangnya bulan puasa, masa yg paling meriah sekali bila berbuka puasa. Yakan..Yakan..

Ok, semalam aku, Rinto ngan Pojie pergi LowYat sbb Rinto ni mengada2 nak pergi repair komputer. Aarrr ni kompom berbuka kat luar, search dlm internet cari steamboat. Cari punye cari, jumpa 1 restoran ni, nama dia Steamboat Rahman Palace. Dekat area hulu klang. 

Pe lagi, aku pun call and dapat la tempat. Tak kisah la dapat meja kat hujung2 pun, janji dpt berbuka. Kami keluar dari LowYat pun dah kul 6.30ptg. Xpe, matahari tak terbenam lg, so sempat le sampai. Hehehe...

Akhirnya smpi sebelum waktu berbuka. Tempat dia ok, nice place. Aman je. Best la. Makanan dia ok, memang banyak. Meh tgk gambar yg aku snap.





 



Blurrkan semua gambar tu. Hahahahha.. Nak gambar cantik boleh search dgn Encik Google. :)

Bagi aku tempat ni ok. Makanan pun ok, alhamdulillah dan pelayan dia pun ok. Yang penting, kedai ni ada surau ye.. ;)

01 January 2014

Babai 2013

Iklan Bergambar !