Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

10 November 2014

Sakit Perut Di Bukit Tabur East

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, aku berjaya mendaki Bukit Tabur yang terletak di Taman Melawati. Walaupun aktiviti ini tak dirancang, berjaya jugak. Hanya aku dan Rinto sahaja yang pergi. Terima kasih Rinto sebab sudi teman kawan ko ni.



Sungguh tak best bila mendaki dengan perut yang sakit. Start dari bawah sampailah ke puncak aku menahan sakit perut. Nak membuang xde tempat. Air pun bawak 100+. Kalau air putih gagah la jgk. Seyes, pada yg nak mendaki tu, membuang lah dulu segalanya ye. Kalau tak menahan je lah.


Aku mula mendaki lebih kurang jam 9 pagi dan turun semula lebih kurang jam 12tghari. Trek yg menegak dan berbatu. Kena berhati2 kalau tak kebawah la peginya. Cerita penuh ada dalam blog KamiBudakKampung. :)

No comments:

Iklan Bergambar !