Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan.. Daisypath Friendship tickers

25 January 2015

Lutut vs Kaki

Post pertama untuk tahun 2015. Tahun ni xda nak wish tahun baru ke atau apa2 yang baru. Layankan kehidupan yang semakin hari semakin pendek masanya. Seminggu ni aku menahan sakit lutut dan kaki berganti-ganti kiri dan kanan.

Bermula sakitnya lutut kiri aku masa nak main badminton sabtu lepas. Tapi aku gagahkan jugak la main. Ini antara keputusan yang terbengong aku buat. Tapi itulah, klu dah minat sangat sampai mudarat diri sendiri tak jadi apa la kan. Pakai knee support konon. Ceh...


Esoknya mendapat la kan. Sakitnya maai. Nak lurus, nak bengkok rasa macam dicucuk2. Bila jalan terasa berbunyi tulang berlaga2. Sakit gila wooo. Selamat la ada ubat ni aku beli kat farmasi. Boleh la kurangkan sikit. Lepas lutut kiri ni nak baik, sakit dia turun ke kaki pulak. Maai, nak jalan bukan main payah lagi. Start berdenyut dari atas kaki, turun ke tapak kaki. Belakang tumit tu rasa urat tegang.



Aku still tak pergi klinik. Cuma makan ubat sakit lutut tu je, minum +plus ngan air kosong. Lepas 2-3 hari aku dah rasa kaki kiri ni mcm nak baik, boleh pulak kaki kanan berdenyut2. Ini tanda2 nak sakit jugak ni. Alahai, baru nak baik sebelah, sebelah lagi sakit. Akhirnya semalam kedua2 kaki aku ni sakit. Waktu malam la paling sakit berdenyut2 menikam kalbu. Nak tidur letak kaki tak tau macam mana. Kekiri sakit, kekanan sakit, lurus sakit. Sabar je lah dengan apa yang diberikan.


Inilah kifarah untuk aku atas sakit yang diberikan.

Kifarah bererti balasan Allah s.w.t. ke atas hamba-Nya yang mukmin ketika hidup di dunia akibat daripada dosa-dosa yang dilakukan olehnya. Allah telah menjelaskan bahawa setiap perbuatan manusia yang dilakukan di dunia ini, biar betapa kecil sekalipun akan diperlihatkan kepada pelakunya dan akan dibalas di akhirat kelak.

Sayidatina Aishah berkata bahawa baginda rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin suatu kecelakaan, biarpun satu duri atau yang lebih teruk daripada itu, melainkan Allah menggugurkan dengan kecelakaan itu satu dosa.

Rasulullah juga ada bersabda yang bermaksud: Rintihan orang yang sakit adalah merupakan tasbih, jeritannya sebagai tahlil dan kegelisahannya daripada satu bahagian itu ke bahagian lain adalah jihad di jalan Allah dan akan dicatatkan baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan ketika sihat dahulu.

Dalam menerima ujian dan bala Allah seseorang itu perlu sabar. Sesungguhnya balasan orang yang sabar itu amat besar (az-Zumar: 10). Menyentuh tentang kesabaran, rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Allah s.w.t telah berfirman: Apabila aku menghadapkan kepada seorang daripada kalangan hamba-Ku satu kecelakaan pada tubuh badannya, hartanya atau anaknya, kemudian ia menerimanya dengan kesabaran yang baik, nescaya Aku malu daripadanya pada hari kiamat, bahawa Aku akan tegakkan baginya neraca timbang amal atau Aku bukakan baginya buku suratan amal.

sumber : tomatomamak

Apapun, aku masih boleh berjalan berbanding segelintir orang yang tiada kaki. Moga kedua kaki aku ini akan sembuh secepatnya. Amin.

No comments:

Iklan Bergambar !